Skip to main content

Temubual/Temuramah

Jangan Abaikan Kucing Musim Raya! Ini 5 Perkara Wajib Buat Sebelum Tinggalkan Rumah

jangan abaikan kucing musim raya ini 5 perkara wajib buat sebelum tinggalkan rumah

Sekilas

  • Pak Cik Cat Sitter kongsi tip penting untuk pastikan kucing selesa dan terjaga walaupun ditinggal berhari-hari semasa raya.
  • Antara tip termasuk sediakan sangkar besar, guna water dan food dispenser, serta bekas pasir yang cukup dan bersih.
  • Perancangan rapi dan penyediaan keperluan asas sangat penting untuk elak stres dan jaga kesihatan kucing sepanjang ketiadaan pemilik.

Bagi pencinta kucing, meninggalkan haiwan kesayangan di rumah ketika pulang beraya bukan perkara mudah. Selain risau soal keselamatan, kebajikan si bulus juga menjadi keutamaan.

Berkongsi pandangan, Rohim Ismail atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Cik Cat Sitter’ memberikan beberapa tip penting untuk memastikan kucing kekal selesa walaupun ditinggalkan beberapa hari.

Menurutnya, persediaan awal sangat penting bagi mengelakkan kucing stres atau berdepan masalah sepanjang ketiadaan pemilik.

“Pertama, bagi yang ada kucing di dalam sangkar, pastikan sangkar itu besar.

Sumber: Facebook (Pakcik Cat Sitter)

“Kedua, lebih baik menggunakan water dispenser dan food dispenser supaya minuman dan makanan mereka cukup.

“Ketiga, paling penting untuk ada bekas pasir yang besar dan sesuai dengan jumlah kucing yang sedia ada.

“Keempat, bekas pasir jangan terlalu sikit pasirnya, tapi kena banyak sebab bila kucing membuang tak sempat basah dan akan terus ‘clumping’ (berkumpul), kemudian akan kering sampai tak keluarkan bau.

Sumber: Facebook (Pakcik Cat Sitter)

“Kelima, pastikan bekalannya cukup, bekalan makanan, bekalan pasir,” ujarnya.

Tambahnya, ramai pemilik kucing memandang ringan aspek ini, sedangkan ia boleh memberi kesan kepada kesihatan dan emosi haiwan peliharaan.

Secara asasnya, kucing memerlukan persekitaran yang stabil, bersih dan mencukupi dari segi makanan serta keperluan asas sepanjang ketiadaan pemilik.

Justeru, sama ada memilih untuk menggunakan khidmat cat sitter atau meninggalkan kucing di rumah, perancangan yang rapi adalah kunci utama bagi memastikan si bulus terus terjaga sepanjang musim perayaan.

Saksikan video penuh di Gempak.com.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement