Gelombang e-dagang wanita kini tidak lagi sekadar ombak kecil. Ia datang sebagai arus besar yang membawa bersama keyakinan, peluang, dan inspirasi. Di tengah gelombang itu, berdiri satu nama yang kian meniti di bibir ramai; Syurga Wanita, platform beli-belah tempatan yang kini menjadi fenomena dalam masa yang singkat.
Kejayaan luar biasa dalam sebulan
Advertisement
Hanya sebulan selepas pelancaran rasmi, Syurga Wanita mencatat 100,000 pelanggan aktif. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi tanda kebangkitan jenama tempatan yang memahami denyut nadi wanita moden. Dalam ruang digital yang sering dikuasai pemain antarabangsa, Syurga Wanita hadir sebagai jenama tempatan yang menuntut tempat dengan penuh gaya dan keaslian.
Ekosistem bukan sekadar e-dagang
Di bawah pimpinan pengasasnya, Enica, Syurga Wanita dicipta sebagai ekosistem yang menyatukan komuniti wanita, usahawan dan pelanggan dalam satu dunia digital yang inklusif. Di sinilah wanita bukan sahaja membeli-belah, tetapi juga belajar, berhubung dan membina jenama sendiri.
“Saya mahu mewujudkan satu dunia beli-belah yang memberi kemudahan dan peluang sama rata kepada semua wanita,” ujar Enica ketika ditemui dalam majlis hi-tea eksklusif Syurga Wanita.
Sokongan KOL dan selebriti tempatan
Sejak hari pertama, lebih 1,000 Key Opinion Leader (KOL) dan selebriti menyertai platform ini. Nama-nama besar seperti Dato Seri Alha Alfa, Adira Suhaimi, Shanell Harun dan ramai lagi menjadikan Syurga Wanita sebagai ruang promosi digital yang penuh warna. Bagi KOL dan usahawan, inilah platform yang membuka ruang pendapatan baharu serta hubungan terus dengan komuniti pembeli sebenar.

Dua haruman eksklusif Adira Suhaimi
Kolaborasi bersama penyanyi terkenal Adira Suhaimi pula menjadi simbol pertemuan antara seni, kecantikan dan keusahawanan. Dua minyak wangi edisi khas, Flora Syurga dan Aura Wanita, dilancarkan secara eksklusif di platform ini. Setiap haruman membawa personaliti berbeza: Flora Syurga lembut dan romantik, sementara Aura Wanita berani dan berkarisma.
“Saya mahu setiap wanita merasai bahawa keharuman juga adalah bentuk kekuatan diri,” ujar Adira yang terlibat sendiri dalam proses penyelidikan dan pembangunan aroma tersebut.

Sasar 1 juta pelanggan menjelang 2026
Langkah Syurga Wanita tidak terhenti di sini. Platform ini kini telah menembusi pasaran China, Hong Kong dan Indonesia, dengan sasaran 1 juta pelanggan aktif menjelang 2026. Lebih 100 jenama eksklusif wanita dijangka menyertai keluarga ini, menjadikannya salah satu jenama Malaysia yang berpotensi besar di pentas antarabangsa.
Dalam acara hi-tea baru-baru ini, Syurga Wanita turut meraikan tiga pemenang utama peraduan 'Wanita Bergaya 2025' dan melancarkan pelbagai ganjaran menarik seperti eWallet Rewards, Lucky Draw dan hadiah eksklusif termasuk tiket penerbangan serta kereta.

