Skip to main content

Berita Tempatan

Kenapa Semakin Ramai Rakyat Malaysia Memilih Menyimpan Emas? Ini Sebabnya...

ASTRO GEMPAK semantan

Sekilas

  • Kesedaran masyarakat terhadap simpanan emas semakin meningkat, menjadikan emas pilihan utama sebagai aset jangka panjang.
  • Kedai Emas Sri Semantan (KESS) membuka cawangan ke-16 di Bandar Baru Bangi dan merancang untuk tambah 25-30 cawangan baru tahun ini di seluruh negara.
  • KESS menekankan emas bukan sekadar barang kemas, tetapi sebagai pelindung nilai dan alat perancangan kewangan keluarga dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.
Advertisement

Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan simpanan dan perancangan kewangan dilihat semakin meningkat apabila semakin ramai mula menjadikan emas sebagai antara aset pilihan untuk jangka panjang.

Perkara itu turut dapat dilihat menerusi perkembangan industri emas tempatan yang terus berkembang seiring dengan peningkatan minat orang ramai terhadap pemilikan emas sebagai instrumen simpanan.

Advertisement

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Kedai Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), Shaaini Md Jumaat, perubahan tersebut dapat dilihat menerusi sambutan pelanggan yang semakin menggalakkan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

"Populasi penduduk semakin meningkat dan pada masa sama tahap kesedaran masyarakat terhadap pembelian dan simpanan emas juga amat membanggakan.

"Itulah antara faktor yang mendorong kami untuk terus berkembang dan mendekati lebih ramai pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pembukaan cawangan ke-16 KESS di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Dalam masa sama, Pengerusi Eksekutif KESS, Mohamad Hafizal Mahmood berpandangan emas hari ini tidak lagi dilihat semata-mata sebagai barang kemas, sebaliknya semakin diterima sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga.

"Apa yang kita saksikan hari ini bukanlah sekadar pembukaan sebuah kedai. Ia adalah simbol perjuangan, simbol kepercayaan dan simbol harapan.

"Harapan bahawa masyarakat semakin sedar tentang pentingnya perancangan kewangan yang kukuh. Harapan bahawa emas bukan sekadar dipandang sebagai perhiasan, tetapi sebagai pelindung nilai dan warisan masa depan," katanya.

Menurut beliau, perkembangan pesat syarikat itu bukan bertujuan bersaing dengan mana-mana pihak, sebaliknya lahir daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aset fizikal dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

"Perkembangan pesat pembukaan cawangan bukan kerana kami ingin berlumba atau menyaingi sesiapa.

"Sebaliknya, ia lahir daripada rasa tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan kesedaran bahawa emas adalah aset sebenar yang mampu menjadi benteng ketika waktu sukar dan sandaran untuk masa hadapan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shaaini berkata syarikat itu menyasarkan pembukaan antara 25 hingga 30 cawangan baharu di seluruh negara tahun ini susulan permintaan yang terus meningkat.

Selain Bangi, cawangan baharu turut dijadual dibuka di Kemaman, Terengganu dan Sungai Petani, Kedah dalam masa terdekat.

Untuk rekod, komuniti pelanggan Sri Semantan Privilege Club (SSPC) kini menghimpunkan kira-kira 180,000 ahli di seluruh negara.
 

Anda mungkin berminat dengan

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

【NEW ARRIVAL】PS5 Resident Evil Requiem | Resident Evil 9 Biohazard 9 Requiem (English Chinese Multilingual Version)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

Must Watch Video

Advertisement