Sekilas
- i-Saraan KWSP 2025 membolehkan golongan bekerja sendiri seperti peniaga kecil, freelancer, dan suri rumah membuat caruman sukarela dengan insentif kerajaan sehingga RM500 setahun.
Caruman boleh dibuat secara fleksibel mengikut kemampuan melalui pelbagai saluran termasuk online banking dan kaunter bank, tanpa caruman minimum bulanan.
Mungkin ada rakyat Malaysia yang kurang tahu bahawa tidak mempunyai pendapatan tetap bukan bermakna anda perlu mengetepikan simpanan untuk hari tua.
Menerusi i-Saraan KWSP 2025, golongan bekerja sendiri berpeluang membuat caruman secara sukarela sambil menikmati insentif khas daripada kerajaan sehingga RM500 setahun.
Program ini terbuka kepada pelbagai golongan termasuk peniaga kecil, freelancer, suri rumah, pemandu e-hailing serta individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap.
Menariknya, caruman boleh dibuat secara fleksibel mengikut kemampuan, selain berpeluang menikmati dividen tahunan KWSP.
Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP:
Berikut syarat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 14 hingga 60 tahun
- Bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap
- Sudah mendaftar sebagai ahli KWSP
Contoh pekerjaan yang layak:
- Peniaga pasar malam / uptown / gerai
- Pemandu e-hailing / pemandu teksi
- Freelancer, deejay, pelakon, penyanyi
- Peniaga online
- Pemilik syarikat / perunding bebas
- Pengasuh, tukang urut, suri rumah
Faedah & kelebihan i-Saraan
Insentif i-Saraan dinaikkan daripada 15% kepada 20% pada tahun 2025.
Had maksimum insentif kekal RM500 setahun, tertakluk kepada caruman minimum RM2,500. Had seumur hidup ialah RM5,000 atau sehingga umur 60 tahun.
Cara Daftar i-Saraan 2025
Ikuti langkah berikut:
- Layari https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/
- Tekan ‘Register i-Saraan’
- Isi butiran diri dan sahkan
- Terima notis pengesahan
Saluran Caruman i-Saraan
Tiada caruman minimum bulanan ditetapkan. Anda boleh membuat caruman mengikut kemampuan melalui:
- Online banking: Maybank, CIMB, RHB, Public Bank, Muamalat
- Kaunter bank: BSN, Public Bank, Maybank
- Ejen bank berdaftar (BSN)
- Kaunter KWSP (maksimum tunai RM500)
Dokumen Diperlukan
- MyKad
- Borang KWSP 16G (M) untuk pendaftaran
- Borang KWSP 6A(2) untuk bayaran manual
- Tidak diperlukan untuk transaksi online
Semakan Status i-Saraan
Untuk menyemak sama ada insentif telah dikreditkan, anda boleh:
- Log masuk i-Akaun KWSP
- Pilih bahagian ‘Sumbangan Kerajaan’
- Lihat rekod kredit terkini dalam Akaun 1
Tips Tambahan
- Carum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun untuk dapat maksimum RM500
- Boleh carum secara berkala (mingguan atau bulanan)
- Caruman sebelum Jun dapat dikira untuk kredit Ogos
- Caruman Julai-Disember dikira untuk kredit Mac tahun berikutnya
Maklumat Lanjut i-Saraan KWSP
Sebarang pertanyaan:
- KWSP Hotline: 03-89226000
- Laman web rasmi: https://www.kwsp.gov.my/i-saraan
- Boleh juga ke mana-mana cawangan KWSP
Sumber: - https://bantuanbaru.my/i-saraan/