Skip to main content

Berita Tempatan

Layla Sania & Ismail Izzani Perkenal Lagu 'Raya Lebih Cool', Warnai Majlis Iftar MOMOYO

Astro Gempak momoyo (2)

Sekilas

  • MOMOYO dan MOTAC menganjurkan majlis "Berbuka Puasa with MOMOYO" di Shah Alam sambil memperkenalkan produk terbaru DINO Series dan melancarkan lagu raya "Raya Lebih Cool".
  • Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan Layla Sania dan Ismail Izzani serta aktiviti interaktif yang mendapat perhatian di media sosial melalui tanda pagar #MOMOYOYRayaLebihCool dan #MOMOYO.
  • MOMOYO juga menyumbang RM1,888 kepada organisasi SHUT untuk membanteras pemerdagangan manusia dan merancang mengembangkan rangkaian francais mereka sehingga 600 cawangan di Malaysia.

Suasana Ramadan disemarakkan dengan penuh kemeriahan apabila jenama minuman teh, MOMOYO, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menganjurkan majlis “Berbuka Puasa with MOMOYO” di WFactory, Shah Alam.

Majlis tersebut bukan sekadar menjadi platform untuk meraikan bulan Ramadan bersama tetamu jemputan, malah turut memperkenalkan produk terbaharu jenama berkenaan, DINO Series, selain melancarkan lagu raya bertajuk “Raya Lebih Cool”.

DINO Series meneruskan identiti kreatif MOMOYO yang sering tampil dengan pendekatan visual dan konsep yang unik. Diinspirasikan daripada elemen koko serta karakter dinosaur, siri ini menampilkan reka bentuk cawan yang interaktif dan menyeronokkan. Pendekatan tersebut bertujuan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengguna, selari dengan imej jenama yang muda, bertenaga dan kreatif.

Salah satu kemuncak majlis ialah pelancaran lagu raya “Raya Lebih Cool” yang dipersembahkan oleh penyanyi Layla Sania dan Ismail Izzani. Persembahan yang penuh tenaga itu berjaya menghidupkan suasana acara, sekali gus mencuri perhatian para tetamu yang hadir.

Selain persembahan muzik, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang menggalakkan pengunjung untuk turut serta dalam pengalaman jenama tersebut. Kempen berkaitan lagu raya itu juga mendapat perhatian di media sosial menerusi tanda pagar #MOMOYOYRayaLebihCool dan #MOMOYO, yang pantas menjadi perbualan dalam kalangan pengguna internet.

Menurut Alex Tan, Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, kolaborasi yang dijalinkan bukan sekadar mengenai produk, sebaliknya bertujuan mewujudkan pengalaman yang menggembirakan kepada pelanggan.

“Kerjasama ini bukan sekadar mengenai minuman. Melalui produk yang kreatif, MOMOYO berharap dapat membawa lebih banyak kebahagiaan kepada pelanggan kami,” katanya.

Dalam majlis yang sama, MOMOYO turut mengambil kesempatan untuk menzahirkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbangkan sebanyak RM1,888 kepada organisasi SHUT (Stop Human Trafficking). Sumbangan tersebut bertujuan menyokong usaha organisasi berkenaan dalam membanteras pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu tersebut.

Jenama MOMOYO yang membawa maksud More and More Young kini berkembang pesat dengan kehadiran lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia. Konsep jenama ini memberi penekanan kepada penghasilan minuman yang menggunakan bahan sebenar dengan rasa yang autentik, selari dengan pendekatan mereka yang menekankan kreativiti dan inovasi dalam pembangunan produk.

Selain itu, MOMOYO turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian perniagaan mereka melalui program francais yang ditawarkan di seluruh negara. Melalui inisiatif tersebut, MOMOYO menyasarkan perkembangan yang lebih luas dengan sokongan latihan operasi, pengetahuan produk serta strategi pemasaran bagi membantu rakan francais mengembangkan perniagaan mereka.

Dengan sasaran pengembangan yang agresif, MOMOYO merancang untuk mencapai sehingga 600 cawangan di seluruh Malaysia, sekali gus memperkukuhkan kehadiran jenama tersebut dalam industri makanan dan minuman tempatan yang semakin berkembang.

 

Anda mungkin berminat dengan

清爽系列 独家代理 RIO 鸡尾酒 春见白桃伏特加 罐装 330毫升

清爽系列 独家代理 RIO 鸡尾酒 春见白桃伏特加 罐装 330毫升

Must-Watch Video

Advertisement