Skip to main content

Fesyen

Lima Tahun Bina Platform, Precious of Malaysia Mahu Bawa Warisan Tempatan Lebih Jauh

Lima Tahun Bina Platform, Precious of Malaysia Mahu Bawa Warisan Tempatan Lebih Jauh

Sekilas

  • FM Group akan menganjurkan Precious of Malaysia Citraloka 2026 selama enam hari di Taman Tasik Titiwangsa dari 11 hingga 16 September, menampilkan pelbagai aktiviti budaya dan seni tradisional.
  • Program ini bertujuan mengajak masyarakat bukan sahaja menyaksikan, tetapi turut serta dan merasai kepelbagaian budaya Malaysia secara langsung.
  • Kerjasama strategik dengan Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan menyokong usaha memartabatkan seni, muzik dan warisan budaya tempatan dalam Festival Budaya Malaysia 2026.
Advertisement

Selepas lima tahun membina platform Precious of Malaysia, FM Group mahu membawa inisiatif berteraskan warisan itu ke peringkat seterusnya dengan menghubungkan budaya bersama industri, pendidikan dan generasi baharu.

Usaha tersebut diteruskan menerusi Precious of Malaysia Citraloka 2026 yang bakal berlangsung selama enam hari dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa.

Advertisement

Penganjuran kali ini bakal menampilkan pelbagai pengisian termasuk International Cultural Fashion Week, Gema Tari Etnik Malaysia, Si Cilik Busana Kreasi Tradisi, Lenggok Si Bulus, aktiviti masakan dan bakeri, persembahan muzik dan tarian serta pengisian Seni Telepuk.

Kemuncak program pada 16 September, bersempena Hari Malaysia, pula bakal menyaksikan penganjuran Precious Cultural Walk.

Aktiviti itu bakal menghimpunkan peserta berbusana tradisi dan budaya untuk bersama-sama mengelilingi tasik sambil membawa semangat perpaduan.

Menurut pengasas FM Group, Farel Mikhail, konsep kali ini bukan sekadar mahu mengajak masyarakat datang menyaksikan acara, sebaliknya memberi peluang kepada mereka melihat, belajar, mengambil bahagian dan merasai sendiri kepelbagaian budaya Malaysia.

“Warisan tidak perlu diubah identitinya untuk menjadi trendy. Cara kita mempersembahkannya yang perlu berubah.

“Kita tidak mahu budaya hanya dikenang, kita mahu budaya dipakai, digunakan, dikongsi dan dibanggakan,” katanya.

Dalam usaha memperluaskan lagi platform tersebut, Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) dan FM Group turut mengumumkan kerjasama strategik dalam memartabatkan seni, muzik dan warisan budaya Malaysia.

Menerusi kerjasama berkenaan, Precious of Malaysia Citraloka 2026 dan Festival Pancaragam Malaysia 2026 menjadi pengisian utama Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026.

Festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu berlangsung dari 11 hingga 16 September di Taman Tasik Titiwangsa bersempena sambutan Hari Malaysia.

Pelancaran Precious of Malaysia Citraloka 2026 baru-baru ini turut menyaksikan pelancaran rasmi Festival Pancaragam Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 16 September 2026.

Sementara itu, Pengerusi Program, Jonathan Kok berkata mereka mahu melihat seni, muzik dan fesyen tempatan berkembang dalam satu ekosistem yang saling melengkapi.

“Kita percaya apabila artis, pereka fesyen dan penggiat budaya bergabung, mesej mengenai warisan Malaysia dapat disampaikan dengan cara yang lebih segar, dekat dan mudah diterima generasi muda.

“Jika perancangan dan impian itu menjadi kenyataan, ia bukan sahaja memberi nilai kepada Precious of Malaysia, malah membuka peluang untuk memperkenalkan rekaan tempatan kepada peminat Wani dan khalayak lebih luas.

“Sekaligus, kita berharap lebih ramai artis muda selepas ini berani membawa elemen budaya Malaysia dalam karya, muzik dan penampilan mereka,” katanya.

Selepas lima tahun membangunkan platform berkenaan, FM Group mahu Precious of Malaysia bukan sahaja terus hidup sebagai acara kebudayaan, malah mempunyai nilai ekonomi dan berpotensi diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

Bollywood Style 1 Pair Of Earrings + 1 Necklace Vintage Jewelry Set Retro Design Inlaid Gemstone Match Daily Outfits Party Accessories

Bollywood Style 1 Pair Of Earrings + 1 Necklace Vintage Jewelry Set Retro Design Inlaid Gemstone Match Daily Outfits Party Accessories

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Ready stock lotus design indian saree

Ready stock lotus design indian saree

Ethnic Retro Corful Peacock Jhumka Earrings Womens Indian Jewelry Flower Gold Bell Tassel White Pearl Earrings

Ethnic Retro Corful Peacock Jhumka Earrings Womens Indian Jewelry Flower Gold Bell Tassel White Pearl Earrings

Must Watch Video

Advertisement