Skip to main content

Fesyen

Miliki Outfit Streetwear Seperti Yang Pernah Dipakai The Migos, MK, Zizan Razak & Nora Danish! Stoned & Co Buka Jualan Archieve Rare - “Ada Harga Serendah RM9.90”

Astro Gempak stoned (4)

Sekilas

  • Stoned & Co. kini membuka jualan archive mereka yang mengandungi koleksi streetwear eksklusif yang pernah dipakai oleh artis terkenal seperti The Migos, Joe Flizzow, dan Zizan Razak.
  • Koleksi archive ini merangkumi rekaan dari tahun 2018 hingga sampel terkini yang tidak pernah dilancarkan secara rasmi, menawarkan peluang memiliki item limited dan unik.
  • Stoned & Co. juga mengadakan The Big 42% Sale dari 18 hingga 20 April 2026 dengan aktiviti menarik di Flagship Store Subang Jaya untuk pengalaman membeli-belah yang lebih seronok.

Dalam dunia streetwear, apa yang dipakai oleh artis sering menjadi penentu arah trend. Sama ada di pentas, dalam video muzik atau penampilan harian, setiap helaian yang digayakan boleh membawa nilai yang berbeza kepada sesuatu jenama.

Perkara itu jelas terlihat pada jenama tempatan, Stoned & Co., yang mendapat tempat dalam kalangan selebriti, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Antara yang pernah menggayakan koleksi mereka termasuk kumpulan hip hop global The Migos, selain nama tempatan seperti Joe Flizzow, Zizan Razak dan Nora Danish. Malah, ada juga helaian yang digunakan selebriti dalam acara besar seperti festival Rolling Loud Thailand.

Menurut wakil Stoned & Co, setiap koleksi yang pernah dipakai artis sebenarnya membawa nilai yang lebih besar daripada sekadar rekaan semata-mata.

“Bila sesuatu item tu pernah dipakai oleh artis, dia bukan lagi sekadar pakaian. Dia jadi sebahagian daripada moment sama ada di pentas, dalam video muzik atau event tertentu.

“Jadi bila kita buka jualan 'archive' Stoned & Co, kita bukan sekadar keluarkan baju lama, tapi kita buka peluang untuk orang miliki sebahagian daripada sejarah dan perjalanan brand itu sendiri,” katanya kepada Gempak.

Menariknya, sebahagian daripada koleksi yang pernah dipakai artis ini kini kembali menjadi perhatian apabila Stoned & Co membuka simpanan archive mereka kepada umum buat pertama kali.

Koleksi yang dibawa ke Archive Sale merangkumi item dari sekitar tahun 2018 hinggalah kepada sampel paling terkini. Ia termasuk helaian yang tidak pernah dilancarkan secara rasmi seperti baju velvet dengan sulaman embroidery, long sleeve eksklusif dan pelbagai lagi sampel yang dihasilkan untuk tujuan percubaan.

Dalam konteks fesyen, archive bukan sekadar koleksi lama. Ia adalah himpunan rekaan yang mempunyai cerita tersendiri, ada yang dihasilkan sebagai sampel, ada yang tidak pernah dilancarkan dan ada juga yang hanya wujud dalam satu unit sahaja.

Fenomena ini selari dengan perubahan citarasa generasi hari ini, yang semakin menghargai item berkonsepkan limited dan one-of-a-kind. Dalam era di mana trend bergerak pantas, apa yang benar-benar menonjol adalah sesuatu yang sukar dimiliki oleh orang lain.

Dalam masa sama, Stoned & Co turut menganjurkan The Big 42% Sale yang berlangsung dari 18 hingga 20 April 2026, menawarkan potongan harga sehingga 42% bagi pelbagai koleksi mereka di platform dalam talian serta di Flagship Store di Subang Jaya.

Bagi mereka yang berkunjung ke SS15 Flagship Store, pengalaman membeli-belah turut diserikan dengan aktiviti khas dikenali sebagai '6-7 Challenge', di mana pengunjung berpeluang memenangi archive t-shirt dengan menyertai permainan ringkas yang disediakan.

“Kita nak orang datang bukan hanya untuk shopping, tapi untuk rasa sendiri pengalaman itu, tengok sendiri archive, pilih sendiri piece yang rare dan enjoy suasana dalam store.

“Sebab bagi kita, streetwear bukan sekadar apa yang orang pakai, tapi bagaimana mereka connect dengan brand dan culture itu sendiri,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Forest Seluar Dalam Lelaki | (3 Pcs) Forest Men Boxer 100% Cotton Underwear Assorted Colours - FUD0035X

Forest Seluar Dalam Lelaki | (3 Pcs) Forest Men Boxer 100% Cotton Underwear Assorted Colours - FUD0035X

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement