Skip to main content

Berita Tempatan

Nak Kahwin Pun Kena Bijak, Bakal Pengantin Kini Mahu Semua Selesai Dalam Satu Hari?

ASTRO GEMPAK pengantin (1)

Sekilas

  • Ekspo perkahwinan kini jadi pilihan utama pasangan sebab boleh jumpa lebih 200 vendor dalam satu tempat, jimat masa dan tenaga.
  • Pasangan boleh bandingkan pakej, dapat inspirasi terkini, dan cuba makanan katering terus di Booking Kahwin Expo 2026 di PICC, 3-5 Julai.
  • Trend perkahwinan sekarang lebih fokus pada bajet, masa, dan kemudahan supaya keputusan lebih tepat ikut keperluan masing-masing.
Advertisement

Merancang perkahwinan bukan lagi sekadar memilih pelamin cantik atau busana impian. Bagi ramai pasangan hari ini, faktor masa, bajet dan kemudahan menjadi antara perkara utama yang dipertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan.

Dengan kos perkahwinan yang semakin meningkat, bakal pengantin dilihat lebih teliti dalam membuat perancangan dan mahu mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum menempah sesuatu perkhidmatan.

Advertisement

Trend tersebut turut menyaksikan peningkatan sambutan terhadap ekspo perkahwinan yang menghimpunkan pelbagai vendor di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan pasangan membuat perbandingan secara terus.

Menurut penganjur AP Events, konsep sehenti semakin menjadi pilihan kerana ramai pasangan mempunyai kekangan masa untuk berjumpa vendor di lokasi berbeza.

Daripada dewan, katering, pelamin, busana, jurugambar sehingga buah tangan, semuanya boleh diterokai dalam satu lokasi tanpa perlu membuat temu janji berasingan.

Advertisement

Apa yang menarik, ramai pasangan kini bukan sahaja mencari inspirasi untuk majlis impian mereka, malah mahu membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan keperluan dan kemampuan masing-masing.

Dalam masa sama, peluang berbincang secara terus dengan vendor membolehkan bakal pengantin mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai pakej yang ditawarkan serta menyesuaikannya mengikut konsep majlis yang diinginkan.

Lebih 200 vendor daripada pelbagai kategori dijangka mengambil bahagian dalam Booking Kahwin Expo 2026 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari 3 hingga 5 Julai ini.

Selain peluang membandingkan pakej dan mendapatkan inspirasi terkini dunia perkahwinan, pengunjung turut berpeluang melihat sendiri trend dekorasi, busana serta menikmati sesi merasa makanan daripada vendor katering yang mengambil bahagian.

Bagi pasangan yang merancang mendirikan rumah tangga dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, platform seperti ini dilihat mampu membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga.

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Must Watch Video

Advertisement