Sekilas
- KL International Beauty Week (KLIBW) 2026 berlangsung selama tiga hari di Mid Valley, menampilkan selebriti tempatan yang juga usahawan dalam industri kecantikan.
- Acara ini memperkenalkan konsep BeautyCon dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Beauty Passport, demonstrasi solekan, dan sesi Fragmeet untuk peminat wangian.
- KLIBW 2026 turut mengadakan pertandingan solekan, sesi ulasan produk secara langsung, serta anugerah The Highlighter MY Best of Beauty dan Fragrance Awards.
Dunia kecantikan semakin mendapat tempat dalam kalangan selebriti tempatan, malah ramai yang kini turut mengembangkan minat mereka menerusi jenama dan perniagaan sendiri.
Perkembangan itu dapat dilihat menerusi penganjuran KL International Beauty Week (KLIBW) 2026 yang menghimpunkan barisan selebriti, pengasas jenama, pempengaruh serta pemain industri kecantikan tempatan dan antarabangsa.
Berlangsung selama tiga hari dari 9 hingga 11 Oktober lalu di Mid Valley Exhibition & Convention Centre (MVEC), Kuala Lumpur, acara berkenaan mengetengahkan pelbagai produk kecantikan, wangian, penjagaan kulit dan kesejahteraan diri.
Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis perasmian ialah Nora Danish menerusi House of 247, Nadia Brian (NAP Perfume) dan Chacha Maembong (The Toxic Lab).
Turut mencuri perhatian ialah Atikah Suhaime (Zaitun), Ezzanie Jasny (Ezee), Mimi Erdina (Cyoung), Farra Inalis (SheSlay), selain Aprena Manrose dan Liyana Jafry menerusi BlushIn.

Kehadiran mereka memperlihatkan bagaimana dunia hiburan dan kecantikan semakin berkait rapat, khususnya apabila selebriti turut meneroka peluang sebagai pengasas serta usahawan jenama.
Menariknya, KLIBW 2026 turut memperkenalkan konsep BeautyCon yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba produk, berinteraksi dengan pencipta kandungan serta mengenali pelbagai jenama kecantikan dengan lebih dekat.
Antara aktiviti yang menjadi tarikan ialah Beauty Passport yang membolehkan pengunjung meneroka reruai, mengumpul cop dan sampel produk sebelum menebus beg hadiah kecantikan percuma.

Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan demonstrasi solekan, sesi pengenalan wangian, permainan interaktif serta perkongsian bersama pengasas jenama dan pempengaruh.
Bagi peminat solekan, Pertandingan Solekan KLIBW 2026 tajaan SILKYGIRL turut memberi ruang kepada peserta mengetengahkan kreativiti serta kemahiran masing-masing.
Sementara itu, peminat wangian berpeluang menyertai sesi Fragmeet bersama Talking Scents yang menghimpunkan komuniti dengan minat sama untuk berkongsi pengalaman dan mengenali pelbagai wangian.
KLIBW 2026 turut memperkenalkan sesi ulasan produk secara langsung dan ruang khas LIVE Booth untuk pencipta kandungan serta hos siaran langsung berinteraksi dengan pengunjung.

Dalam pada itu, acara berkenaan turut meraikan produk kecantikan menerusi The Highlighter MY Best of Beauty Awards, termasuk pengenalan Fragrance Awards bagi mengiktiraf produk wangian.
Majlis perasmian KLIBW 2026 disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Bud