Sekilas
- Adat penyediaan katil pengantin (an chuang) masih penting dalam perkahwinan masyarakat Cina sebagai simbol kebahagiaan dan keharmonian walaupun cara meraikan perkahwinan semakin moden.
- Jenama tempatan Getha akan melancarkan koleksi tilam perkahwinan pertama di Malaysia dengan elemen tradisional seperti warna merah dan simbol ‘double happiness’ pada 14 Oktober di Pulau Pinang.
- Dalam masyarakat Melayu, walaupun perkahwinan semakin moden, elemen adat seperti merisik dan pertukaran dulang hantaran masih dikekalkan dengan sentuhan peribadi oleh pasangan masa kini.
Zaman berubah dan majlis perkahwinan semakin moden, namun bagi sesetengah pasangan, adat turun temurun masih menjadi sebahagian penting sebelum memulakan kehidupan berumah tangga.
Dalam masyarakat Cina misalnya, antara tradisi yang masih diberi perhatian ialah an chuang (安床) atau penyediaan katil pengantin.
Adat tersebut lazimnya dilakukan sebelum pasangan memulakan kehidupan bersama dan dikaitkan dengan harapan terhadap kebahagiaan, keharmonian, kemakmuran serta kesuburan.
Perancang perkahwinan, Stephanie Lau yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad berkata, biarpun cara pasangan meraikan perkahwinan semakin berubah, tradisi berkenaan masih mahu dikekalkan oleh banyak keluarga.
“Penyediaan katil pengantin masih merupakan sesuatu yang dipandang serius oleh banyak keluarga Cina. Walaupun cara pasangan meraikan perkahwinan sudah berubah, ini antara tradisi yang masih mahu dikekalkan kerana ia dilihat sebagai permulaan yang baik untuk kehidupan pasangan bersama.
“Perinciannya mungkin berbeza antara satu keluarga dengan keluarga lain, tetapi maksud di sebaliknya masih kekal,” katanya.
Warna merah dan simbol ‘double happiness’ (囍) juga kekal sebagai antara elemen yang sinonim dengan perkahwinan masyarakat Cina.

Menariknya, meskipun katil pengantin mempunyai kedudukan tersendiri dalam tradisi berkenaan, tilam yang digunakan selama ini lebih dianggap sebagai keperluan rumah tangga dan bukannya sesuatu yang direka khusus untuk perkahwinan.
Situasi itu mencetuskan idea buat jenama tempatan, Getha untuk memperkenalkan koleksi With Love, Getha - Wedding & Celebration yang bakal dilancarkan pada 14 Oktober ini di Gurney Plaza, George Town, Pulau Pinang.
Koleksi tersebut diperkenalkan sebagai tilam perkahwinan pertama di Malaysia.
“Dalam pengalaman saya selama 20 tahun, katil pengantin sentiasa menjadi sebahagian penting dalam perkahwinan Cina, tetapi saya tidak pernah melihat tilam yang dibuat khusus untuk tujuan itu.
“Jadi, melihat Getha memperkenalkan rangkaian tilam perkahwinannya, iaitu tilam pertama seumpamanya yang direka khusus untuk perkahwinan di Malaysia, agak menarik kerana ia memberikan satu olahan moden kepada amalan tradisi ini,” ujar Lau.
Bagi memberikan sentuhan yang berkait rapat dengan tradisi perkahwinan Cina, versi perkahwinan tersebut menampilkan kemasan merah pada bahagian sisi serta sulaman simbol ‘double happiness’ (囍).
Koleksi itu berasaskan rangkaian Transforme Miracle Latex dengan teknologi tidur seperti Miracle Latex, Graphite+ yang teradun dalam 100 peratus lateks asli, gentian kelapa getah, fabrik penyejuk semula jadi BioCool daripada gentian tebu serta teknologi Suprelle Cool Night.
Dalam masyarakat Melayu pula, perancang perkahwinan Yana Azhar melihat arus kemodenan tidak semestinya menyebabkan pasangan meninggalkan adat yang diwarisi.
“Perkahwinan masyarakat Melayu memang sudah banyak berubah, tetapi masih ada elemen-elemen adat yang terus kekal, seperti merisik, pertukaran dulang hantaran, upacara batal air sembahyang, dan sebagainya.
“Pasangan hari ini mungkin memberikan sentuhan yang lebih moden atau olahan peribadi, namun mereka masih mencari cara untuk mengekalkan adat yang bermakna kepada diri sendiri dan keluarga,” katanya.
Ia memperlihatkan bagaimana pasangan masa kini semakin bebas memberikan interpretasi moden terhadap adat perkahwinan masing masing tanpa semestinya meninggalkan nilai dan makna asal di sebaliknya.