Skip to main content

Kecantikan

Rambut Makin Nipis? Ini 5 Tabiat Harian Yang Mungkin Jadi Puncanya!

Rambut Makin Nipis? Ini 5 Tabiat Harian Yang Mungkin Jadi Puncanya!

Sekilas

  • Keguguran rambut bukan hanya disebabkan faktor genetik atau hormon, tetapi juga dipengaruhi oleh gaya hidup seperti stres, diet ketat, kurang tidur, penggunaan bahan kimia dan haba pada rambut, serta mengikat rambut terlalu ketat.
  • Tekanan emosi, kekurangan nutrisi, dan tabiat tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut dan menyebabkan keguguran berlebihan.
  • Penting untuk mengenal pasti punca sebenar keguguran rambut melalui pemeriksaan doktor sebelum memilih rawatan yang sesuai kerana setiap individu memerlukan pendekatan berbeza.
Advertisement

Masalah rambut gugur bukan sahaja boleh menjejaskan penampilan, malah turut memberi kesan kepada keyakinan diri seseorang.

Namun, tahukah anda bahawa masalah keguguran rambut bukan semata-mata berpunca daripada faktor genetik atau perubahan hormon?

Advertisement

Menurut Dr Foo Wing Jian, pengamal perubatan estetik kanan (LCP) di Premier Clinic Mont Kiara, beberapa faktor gaya hidup turut boleh menyumbang kepada keguguran rambut atau memburukkan keadaan rambut yang semakin menipis.

Jom kenali lima tabiat yang wajar diberikan perhatian!

1. Terlalu Stres

Tekanan emosi yang berpanjangan boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut dan mencetuskan keguguran berlebihan bagi sesetengah individu.

Advertisement

Keadaan yang dikenali sebagai telogen effluvium boleh berlaku selepas seseorang mengalami tekanan yang ketara, penyakit serius atau perubahan fizikal tertentu.

Bagaimanapun, bukan semua jenis keguguran rambut berpunca daripada stres.

2. Diet Terlalu Ketat

Nak turunkan berat badan dengan cepat? Hati-hati jika pengambilan makanan dikurangkan secara keterlaluan.

Diet yang terlalu ketat, kekurangan protein dan nutrien tertentu boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut sehingga menyebabkan keguguran berlebihan.

Dr Foo menjelaskan bahawa folikel rambut sensitif terhadap perubahan nutrisi dan keadaan fisiologi badan.

Namun, pengambilan suplemen secara sembarangan bukan penyelesaiannya kerana tidak semua masalah rambut berpunca daripada kekurangan nutrien.

3. Kurang Tidur

Tabiat tidur yang tidak mencukupi turut disenaraikan dalam helaian fakta Premier Clinic sebagai antara faktor gaya hidup yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan kitaran pertumbuhan rambut.

Walaupun begitu, keguguran rambut mempunyai pelbagai punca dan masalah kurang tidur tidak semestinya menjadi penyebab utama.

4. Kerap Mewarna & Menggunakan Haba Pada Rambut

Gemar menukar warna rambut, melakukan proses pelurusan atau menggunakan alat penggayaan panas?

Rawatan kimia yang terlalu kerap serta penggunaan haba boleh menyebabkan rambut menjadi rosak dan mudah putus.

Masalah rambut patah juga perlu dibezakan daripada keguguran yang berpunca daripada gangguan pada folikel rambut.

5. Mengikat Rambut Terlalu Ketat

Gaya rambut yang menarik rambut secara berterusan juga boleh mendatangkan masalah.

Ikatan yang terlalu ketat berisiko menyebabkan traction alopecia, iaitu keguguran rambut akibat tarikan berulang pada folikel.

Justeru, penting untuk mengelakkan gaya rambut yang memberikan tekanan berlebihan kepada akar rambut.

Jangan Terus Beli Produk, Kenal Pasti Punca Dahulu

Menurut Dr Foo, keguguran rambut merupakan satu gejala dan bukannya diagnosis khusus.

Corak keguguran, tempoh masalah berlaku serta gejala lain boleh memberikan petunjuk mengenai punca sebenar.

Antara masalah yang memerlukan perhatian termasuk rambut gugur secara berterusan, garis rambut semakin berundur, rambut semakin nipis atau kemunculan tompok botak secara tiba-tiba.

Pemeriksaan doktor dapat membantu mengenal pasti sama ada masalah tersebut berkaitan faktor genetik, hormon, pemakanan, penyakit tertentu atau amalan penjagaan rambut.

Rawatan juga perlu disesuaikan mengikut diagnosis dan keadaan individu kerana tiada satu kaedah yang berkesan untuk semua jenis keguguran rambut.

Anda mungkin berminat dengan

GEESO Mini Eletric Hair Removal Epilator Women Eyebrow Trimmer Lipstick Shaver USB All Parts of Body Hair Remover for Lady 除毛器 脱毛仪

GEESO Mini Eletric Hair Removal Epilator Women Eyebrow Trimmer Lipstick Shaver USB All Parts of Body Hair Remover for Lady 除毛器 脱毛仪

MINYAK BUAH KERAS, MINYAK KEMIRI, 100% NATURAL, SESUAI SEMUA PERINGKAT UMUR, RAWAT GUGUR, ROSAK

MINYAK BUAH KERAS, MINYAK KEMIRI, 100% NATURAL, SESUAI SEMUA PERINGKAT UMUR, RAWAT GUGUR, ROSAK

Must Watch Video

Advertisement