Skip to main content

Gaya Hidup

Rita Sosilawati Kena Tahan Dengan Imigresen London Sebab...

Astrogempak RITA SOSILAWATI

Sekilas

  • Usahawan Rita Sosilawati berkongsi pengalamannya ditahan di kaunter imigresen London kerana pasport baharu Malaysia yang digunakannya belum pernah dilihat oleh pegawai imigresen di sana.
  • Pasport baharu Malaysia yang dilancarkan dengan 94 ciri keselamatan mendapat pujian pegawai imigresen kerana reka bentuk moden dan gambar berwarna pemegang pasport.
  • Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas boleh memohon pasport baharu dengan tempoh sah laku lima atau 10 tahun, yang dijangka memudahkan urusan perjalanan dan mengurangkan kekerapan pembaharuan.

Usahawan, Rita Sosilawati berkongsi pengalamannya ditahan di kaunter imigresen ketika tiba di London bagi membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan terhadap dokumen perjalanan tersebut.

Menurut Rita, keadaan itu berlaku kerana pasport baharu Malaysia masih belum pernah dilihat oleh pihak imigresen di negara berkenaan.

"Bila terlalu advance dapat pasport baharu Malaysia. Sampai saja di London, terus kena tahan sekejap untuk pemeriksaan. Saya beritahu mereka, 'Pasport ini baru sahaja dilancarkan. Saya mendapatkannya pada hari ketiga selepas ia diperkenalkan.'

"Pegawai imigresen kemudian berkata mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu kerana ini kali pertama mereka melihat pasport baharu Malaysia. Malah mereka turut memuji reka bentuknya yang moden serta gambar pemegang pasport yang kini dipaparkan dalam warna.

"Saya hanya tersenyum dan berkata, 'Ya, saya juga sukakannya.' Memang rasa bangga jadi rakyat Malaysia," katanya.

Menurut Rita lagi, proses pemeriksaan mengambil sedikit masa memandangkan pasport tersebut masih belum dikemas kini dalam sistem mereka.

"Memang ambil masa sedikit sebab mereka belum pernah nampak pasport baharu Malaysia dalam sistem mereka.
"Tapi seronok juga dapat menjadi antara orang terawal menggunakannya di sini," ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, pengenalan pasport baharu itu merupakan satu langkah transformasi penting dalam memperkukuhkan keselamatan dokumen perjalanan negara di samping menawarkan lebih banyak kemudahan kepada rakyat.

Mulai 1 Julai lalu, warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh memilih untuk memohon pasport baharu itu dengan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun mengikut keperluan masing-masing.

Selain meningkatkan aspek keselamatan, pengenalan pasport 10 tahun itu dijangka dapat mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport sekali gus menjimatkan masa dan memudahkan urusan perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement