Skip to main content

Viral

Solekan Sofea Shra Jadi Perhatian, Jurusolek Azni Hadi Gementar Nak Solek ‘Beauty Influencer’ - “Saya Tak Nak Fokus Sangat Dekat…”

Azni Hadi MUA Sofea Shra

Sekilas

  • Jurusolek Azni Hadi berkongsi pengalaman gementar menata rias Sofea Shra, pempengaruh kecantikan yang juga mahir bersolek sendiri, untuk majlis perkahwinannya.
  • Azni menekankan pentingnya penampilan menyeluruh Sofea, bukan hanya solekan, dengan memilih busana daripada Adila Long yang sesuai untuk hari istimewa itu.
  • Azni turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin tersebut selepas diberi peluang menjadi sebahagian daripada hari bahagia mereka.
Advertisement

Majlis perkahwinan pencipta kandungan kecantikan dan pempengaruh Sofea Shra menjadi perbualan hangat di media sosial terutama mengenai solekan yang dikenakan pada hari bahagiannya. 

 

Advertisement

Jurusolek terkenal, Azni Hadi mengakui berasa gementar apabila diberi kepercayaan untuk menata rias Sofea yang sememangnya mahir dalam dunia solekan dan sering berkongsi tutorial kecantikan.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Azni mendedahkan dia sebenarnya sudah menerima tempahan daripada Sofea sejak sekian lama, namun tidak menyangka sesi percubaan solekan yang dihadirinya sebelum ini adalah untuk majlis perkahwinan pempengaruh berkenaan.

Advertisement

 

“Finally, IT GIRL dah kahwin! 😭🤍 Congratulations, Sofea! Sebenarnya dia dah lock date dengan I lama dah. Masa I datang trial makeup, I ingatkan untuk trial TVC shoot. 😭 Rupa-rupanya… ia sebenarnya untuk majlis kahwin dia! Lagi dua minggu pula tu! 

 

“Mahunya I tak nervous?! Nervous sampai ke otak wey. 😂 I dengan @yayaibrahem lebih lima kali la mesej each other kata nervous hahaha. 

 

“Bukan senang untuk menentukan solekan bagi seorang pempengaruh kecantikan yang sudah biasa bersolek sendiri dan sering menghasilkan tutorial solekan. Kita benar-benar perlu memikirkan gaya solekan yang sesuai, lebih-lebih lagi apabila dia sendiri tahu tentang solekan dan apa yang disukainya,” kongsi Azni.

 

Tambah Azni, dia tidak mahu hanya memberikan tumpuan kepada solekan semata-mata, sebaliknya mahu memastikan keseluruhan penampilan Sofea kelihatan menyerlah pada hari istimewanya.

 

“Jadi, saya tidak nak fokus sangat dekat solekan sahaja. Saya mahu keseluruhan penampilannya menyerlah, daripada solekan, busana, layah sehinggalah segala-galanya.

 

“Selepas melihat busana cantik daripada Adila Long, saya terus rasa inilah gaya yang sesuai. Inilah hasil yang kami tampilkan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Azni turut meluahkan rasa terharu kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada hari bahagia Sofea, selain menitipkan doa buat pasangan pengantin tersebut.

 

“Rasa macam baru saja kita kenal masa Ameera Zaini shoot dulu. Lols. 🥹 I doakan you dan suami bahagia, dipermudahkan segala urusan dan kekal bersama sampai syurga. Amin. 🤲🏻🤍. So happy I got to be a little part of your special day,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Must Watch Video

Advertisement