Sekilas
- Rico Rinaldi kembali dengan koleksi SUMMERAYA 2026 yang meraikan ulang tahun ke-19 jenama dan gabungkan elemen retro, feminin klasik serta sentuhan moden.
- Koleksi ini menampilkan 70 rekaan untuk lelaki dan wanita dengan fabrik ringan, harga mampu milik antara RM239 hingga RM439, serta aksesori lengkap termasuk tas tangan kolaborasi bersama Chef Kecik.
- SUMMERAYA 2026 mendapat perhatian selebriti seperti Aina Abdul dan Nabila Razali, serta dipersembahkan dalam acara berprestij di Menara Ken dengan sokongan jenama terkenal.
Setiap kali musim Raya menjelang, satu soalan pasti bermain di fikiran peminat fesyen tempatan: koleksi siapa paling ‘kena’ tahun ini?
Untuk 2026, jawapannya jelas apabila Rico Rinaldi kembali dengan SUMMERAYA 2026, koleksi yang bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-19 jenama itu, malah mencipta perbualan hangat di kalangan selebriti dan pencinta gaya.
Apa yang menjadikan SUMMERAYA 2026 benar-benar stand out ialah bagaimana ia menggabungkan estetika retro yang refined, sentuhan feminin klasik dan kemasan moden yang praktikal untuk gaya hidup hari ini.
Lebih menarik, beberapa nama besar seperti Aina Abdul dan Nabila Razali tampil menggayakan rekaan Rico Rinaldi, membuktikan koleksi ini bukan sekadar cantik di pentas peragaan, tetapi hidup dan bernafas di dunia sebenar.
Daripada aura Aisha Retro yang nostalgik, ke gaya elegan Aina Abdul serta pesona lembut Nabila Razali, SUMMERAYA 2026 menyerlah sebagai koleksi Raya yang versatil, berkarakter dan penuh identiti.
Ini dia 9 fakta paling ‘best’ tentang koleksi yang sedang jadi bualan ini.
1) 19 tahun, masih konsisten
Bertahan hampir dua dekad bukan perkara mudah. SUMMERAYA 2026 menandakan kematangan jenama yang kekal setia pada DNA sendiri sambil bergerak seiring zaman.

2) Tradisi bertemu moden
Siluet feminin, elemen flora dan sentuhan tradisional diolah dengan rasa kontemporari. Hasilnya, busana Raya yang nampak klasik tetapi segar.

3) Warna lebih cerah, jiwa lebih muda
Palet warna yang berani dan ceria disasarkan kepada generasi baharu tanpa mengorbankan identiti rekaan pereka.

4) 70 rekaan
Sebanyak 70 rekaan dipersembahkan merangkumi wanita dan lelaki, termasuk potongan berselendang yang praktikal dan versatil.
5) Selesa dipakai sepanjang hari
Pemilihan fabrik ringan dan tidak panas menjadikan koleksi ini sesuai dari pagi Syawal hingga ke kunjungan malam.

6) Harga asuk akal
Dengan julat RM239 hingga RM439, SUMMERAYA 2026 membuktikan fesyen pereka boleh dicapai tanpa kompromi kualiti.

7) Aksesori lengkap raya
Selain pakaian, koleksi turut merangkumi selendang, kasut dan tas tangan Raya 2026 yang minimal dan elegan.
8) Kolaborasi ‘playful’ dengan Chef Kecik
Buat julung kali, kolaborasi bersama Chef Kecik melahirkan tas tangan inspirasi croissant dalam lima warna unik. Kreatif dan fun, sesuai untuk gaya Raya moden.

9) Pertunjukan berprestij
Acara berlangsung di Menara Ken dengan sokongan rakan jenama seperti SACE LADY, Machine dan Summerie, melengkapkan pengalaman fesyen menyeluruh.