Skip to main content

Gaya Hidup

Suami Bergurau Mengaku Bujang Di TikTok, Hakim Arah Lafaz Cerai Talak Satu? — “Perkara Ni Jangan Buat Main”

Bujang

Di Threads, tular satu perkongsian dibuat seorang wanita mengenai kes melibatkan sepasang suami isteri yang dirasakan cukup menarik dan wajar dijadikan pengajaran buat semua orang di luar sana.

Menurut wanita yang dikenali sebagai @miezakay itu, kisahnya bermula apabila seorang lelaki ini bergurau mengatakan dirinya masih bujang menerusi satu hantaran yang dibuatnya di TikTok.

Meskipun tiada niat, namun mahkamah tetap mengarahkan lelaki tersebut untuk melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya.

“Hari ini kes menarik, suami buat hantaran TikTok mengaku bujang walaupun dengan tiada niat nak bercerai.

“Tapi Hakim jatuh kan suami kena lafaz cerai talak satu, terus start idah,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, wanita itu berpesan agar golongan lelaki diluar sana tidak sewenang-wenangnya bergurau sebegitu dan lebih cakna mengenai hal rumah tangga.

“Pengajaran di sini, lelaki yang mana dah kahwin dan suka mengaku bujang itu hati-hatilah,” pesannya.

Perkongsian itu kemudiannya menuai pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memaklumkan talak tidak sepatutnya jatuh memandangkan perkataan itu tidak disertakan dengan niat.

Dalam masa sama, ada juga beranggapan mungkin terdapat beberapa lagi bukti yang diberi isteri sehinggakan Hakim meminta talak dilafazkan.

Must-Watch Video

Advertisement