Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

"Syok, Best Feeling Ever" - Bayu Somerset Kongsi Rezeki, Rai Anak Yatim Sempena Pembukaan Cawangan Ke-18 Di Perlis

"Syok, Best Feeling Ever" - Bayu Somerset Kongsi Rezeki, Rai Anak Yatim Sempena Pembukaan Cawangan Ke-18 Di Perlis

Sekilas

  • Bayu Somerset meraikan pembukaan cawangan ke-18 di Kangar Jaya Mall dengan mengadakan majlis khas untuk anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh.
  • DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis, turut hadir dan menyumbang pakaian serta aksesori kepada anak-anak yatim yang diraikan.
  • Bayu Somerset merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di Johor, Melaka dan Sabah, sambil mengekalkan rekaan baju tradisional yang ceria, selesa dan harga berpatutan.
Advertisement

Jenama fesyen gaya hidup tempatan, Bayu Somerset mengambil inisiatif meraikan anak-anak yatim kurang bernasib baik bersempena dengan pembukaan cawangan baharu mereka ke 18 di Kangar Jaya Mall, di sini, hari ini.

DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis turut berkenan berangkat ke majlis itu di samping meraikan anak-anak yatim perempuan dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh.

Advertisement

Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda, YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan disambut oleh Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul Ariffin.

Menerusi inisiatif ini, Bayu Somerset mengambil kesempatan berkongsi kegembiraan bersempena pembukaan cawangan baharu mereka dengan memberi peluang buat anak-anak ini menikmati pengalaman berbeza.

Menurut pengiring Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Siti Hadijah Saad berkata, seramai 10 orang penghuni perempuan di rumah kebajikan itu telah dibawa bersama untuk turut serta dalam majlis berkenaan.

“Kami berbesar hati dan menjunjung kasih kepada Tuanku Raja Puan Muda Perlis yang berkenan belanja baju, beg dan tudung pada hari ini. Tidak lupa kepada Bayu Somerset juga sebab bagi kami peluang ikuti majlis pembukaan hari ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Sementara itu, seorang Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Nur Syuhadawati Abdul Rahman, 16, berkata, dia merasa sangat gembira apabila diraikan dalam majlis perasmian itu dan turut mendapat tajaan baju daripada jenama tersebut.

Katanya, reka bentuk dan warna baju yang ditawarkan juga menarik bersesuaian dengan golongan muda pada masa kini.

“Syok, best feeling ever dan ini merupakan first time buat saya. Baju-baju disediakan ini juga selesa malah saiz pun lebih besar dari cutting,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Bayu Somerset, Dania Kamalul Ariffin berkata, majlis dianjurkan itu adalah bagi meraikan anak-anak yatim bersempena dengan lima tahun penubuhan Bayu Somerset yang kini turut mempunyai cawangan terbaharu ke 18 di Kangar Jaya Mall, di sini.

Katanya, jenama itu juga mensasarkan untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka cawangan baharu di Johor, Melaka dan Sabah menjelang akhir tahun ini.

“Bayu Somerset mengeluarkan baju-baju tradisional tapi yang membezakan kami adalah design sebab kita guna warna-warna ceria dan vibrant, dan mungkin ramai tak tahu, design juga kita lukis sendiri.

“Apa yang kita nak adalah orang pakai baju kita akan rasa selesa, cantik dan kita juga jual pada harga berpatutan,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

HEUS Mila Sandals (Ready Stock)

HEUS Mila Sandals (Ready Stock)

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

FallSweet M-4XL Women Minimizer Bra Seamless Adjustable Full Cup Underwear Plus Size Anti-sagging Lift Up Brassiere

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Must Watch Video

Advertisement