Skip to main content

Berita Tempatan

Tak Perlu Tunggu Kaya, Kini Boleh Simpan Emas Serendah RM10

Tak Perlu Tunggu Kaya, Kini Boleh Simpan Emas Serendah RM10

Sekilas

  • AurumLX menggalakkan rakyat Malaysia memulakan simpanan emas dengan sekurang-kurangnya satu gram sebagai permulaan sebelum membina simpanan sehingga satu kilogram.
  • Inisiatif ini bertujuan membentuk tabiat menyimpan emas secara konsisten mengikut kemampuan, dengan nilai permulaan serendah RM10.
  • Emas dilihat sebagai aset simpanan jangka panjang yang membantu melindungi nilai kekayaan terutama dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.
Advertisement

Memiliki emas bukan lagi sesuatu yang eksklusif untuk golongan berpendapatan tinggi.

Berpegang kepada prinsip itu, Aurum79 Sdn. Bhd. menerusi jenama AurumLX mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan simpanan emas sebagai amalan, dengan sasaran setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya satu gram emas sebagai permulaan sebelum membina simpanan sehingga mencecah satu kilogram.

Advertisement

Pengarah Eksekutif AurumLX, Muhamad Afif Mohamad berkata, inisiatif tersebut bukan bertujuan menggalakkan orang ramai membeli emas secara berlebihan, sebaliknya membentuk tabiat menyimpan aset bernilai secara konsisten mengikut kemampuan masing-masing.

Menurutnya, persepsi bahawa emas hanya mampu dimiliki golongan berada perlu diubah kerana orang ramai kini boleh memulakan simpanan dengan nilai serendah RM10.

"Hasrat kami ialah melihat setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya satu gram emas sebagai permulaan. Selepas itu, mereka boleh menambah simpanan sedikit demi sedikit sehingga mencecah satu kilogram mengikut kemampuan masing-masing.

Advertisement

"Yang penting bukan terus memiliki satu kilogram, tetapi membina disiplin menyimpan secara konsisten," katanya.

Afif berkata, emas bukan sekadar barang kemas atau simbol kemewahan, malah boleh dijadikan aset simpanan jangka panjang yang membantu melindungi nilai kekayaan, khususnya ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Beliau turut berpandangan bahawa amalan menyimpan emas perlu dipupuk sejak awal supaya masyarakat lebih bersedia dari segi kewangan pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, pendekatan bermula dengan jumlah kecil lebih realistik dan mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan simpanan emas sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan mereka.

AurumLX berharap usaha tersebut dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap pemilikan emas, sekali gus menjadikannya satu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau tahap pendapatan.

Anda mungkin berminat dengan

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

Must Watch Video

Advertisement