Skip to main content

Gaya Hidup

Tindakan Abang Grab Bantu Pak Cik Berkerusi Roda Raih Pujian Netizen - “Terima Kasih Orang Baik…”

Astrogempak OKU

Sekilas

  • Seorang penghantar makanan tular selepas videonya membantu seorang warga emas berkerusi roda mendapat pujian netizen atas keprihatinannya.
  • Netizen mendoakan agar rezeki dan urusan lelaki tersebut dipermudahkan selepas melihat tindakannya yang mulia.
  • Filem FLEAK yang mengangkat kisah kanak-kanak kurang upaya akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 21 Mei ini.

Seorang penghantar makanan meraih pujian netizen selepas tular sebuah videonya membantu seorang warga emas berkerusi roda.

Menerusi satu hantaran di Threads, momen lelaki itu memberi bantuan kepada seorang pak cik itu meraih perhatian netizen diatas keperhatianannya.

“Semoga abang Grab ini dapat order banyak-banyak. Layak dijadikan contoh untuk orang lain,” tulis pengguna media sosial tersebut.

Malah lelaki tersebut juga dilihat membantu menempatkan warga emas itu di kawasan redup dan sempat berbual ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan mulia penghantar makanan tersebut dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

“Banyak-banyak any kind of rizq for abang tu lepas ni ~ health, wealth, happiness, and more....

“Terima kasih org baik.. semoga lancar rezekiNya..

“The way pakcik tu "YEAYYYYY" is such a heartwarming

“Moga dipermudahkan rezeki rezeki abg grab ni.

“Ya Allah kau limpahkan rezeki yg x putus buat abg grab ni. Kau ringan kan lah beban dan kurangkan kesakitan pakcik tu,” komen netizen.

Terbaharu, sebuah filem berjudul FLEAK mengangkat kisah semangat kanak-kanak kurang upaya dalam berdepan cabaran hidup. Filem tersebut akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei ini.

FLEAK adalah terbitan Anima Vitae, Anima Vitae Point, Animoon, dan Godo Films, dengan kerjasama Astro Shaw sebagai rakan pemasaran dan pengedaran di Malaysia.

FLEAK mengisahkan tentang keberanian, kehilangan dan penerimaan diri dalam sebuah dunia penuh keajaiban. Namun, di sebalik pengembaraan tersebut, cabaran sebenar adalah untuk menghadapi dan menerima diri sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement