Skip to main content

Kecantikan

Tinggalkan Kerjaya Doktor Kerajaan, Kini Dr. Hanafi Dilantik CEO Estika Medispa

ASTRO GEMPAK hanafi medispa

Sekilas

  • Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir kini dilantik sebagai CEO Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd. selepas memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan kerajaan dan mengusahakan klinik persendirian.
  • Sepanjang menjadi COO, beliau berjaya menggandakan jualan Estika Medispa melalui penambahbaikan sistem operasi dan pengalaman pelanggan.
  • Estika Medispa akan membuka cawangan Headspa pertama di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 27 Julai, sambil mengekalkan fokus pada kualiti dan keselamatan rawatan estetik.
Advertisement

Bermula sebagai pegawai perubatan kerajaan, Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir mengambil keputusan meninggalkan kerjaya yang stabil demi membina laluan sendiri dalam dunia keusahawanan.

Keputusan berani itu akhirnya membawa beliau ke Estika Medispa, apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) sebelum kini secara rasmi menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Estika Medispa Holdings Sdn. Bhd.

Advertisement

Sebelum menyertai Estika Medispa, Dr. Hanafi mengusahakan beberapa klinik persendirian yang memberi pengalaman luas dalam aspek pengurusan operasi, pembangunan perniagaan serta perkhidmatan kesihatan.

Menurut Dr. Hanafi, beliau melihat pelantikan tersebut bukan sekadar satu kenaikan jawatan, sebaliknya amanah yang perlu dipikul bersama seluruh pasukan.

"Saya tidak datang ke Estika Medispa untuk membina kerjaya. Saya datang kerana saya percaya pada apa yang kami cuba bina bersama. Kepercayaan yang diberikan kepada saya hari ini adalah tanggungjawab yang saya tidak akan ringan-ringankan," katanya.

Sepanjang memegang jawatan COO, Estika Medispa memaklumkan syarikat merekodkan peningkatan jualan hampir dua kali ganda hasil penambahbaikan sistem operasi, prosedur kerja dan pengalaman pelanggan.

Pengasas Estika Medispa, Dr. Abdul Haq Ab Wasa berkata, pelantikan Dr. Hanafi dibuat berdasarkan keyakinan terhadap pengalaman dan kepimpinannya sepanjang bersama syarikat.

"Dr. Hanafi bukan sahaja memahami strategi syarikat ini. Beliau memahami jiwanya. Dan itulah sebab saya tidak ragu-ragu untuk meletakkan amanah ini di bahunya," katanya.

Beliau bagaimanapun kekal memainkan peranan sebagai Penasihat dan Pengarah Eksekutif syarikat bagi memastikan kesinambungan hala tuju Estika Medispa.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, Dr. Hanafi berkata fokus utama beliau adalah memperluaskan akses kepada rawatan estetik berasaskan perspektif perubatan tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kualiti perkhidmatan.

"Kejayaan kami diukur bukan daripada bilangan cawangan yang kami buka, tetapi daripada bilangan pelanggan yang terus memberikan kepercayaan kepada kami. Itulah ukuran sebenar yang akan kami pegang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Estika Medispa turut mengumumkan pembukaan cawangan pertama Headspa Estika di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 27 Julai ini yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan rambut dan kulit kepala khusus untuk wanita.

Sejak ditubuhkan pada 2015, Estika Medispa kini memiliki 37 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement