Skip to main content

Travelmana

#Travelmana: Pilih Destinasi 'Rare' Mesra Muslim, Kembara Sufi Rangkul Dua Anugerah Nasional! - "Kami Syukur, Ini Bukti Kepercayaan Pelancong Bersama Kami"

sufi

Sekilas

  • Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd telah menerima dua anugerah berprestij tahun ini iaitu Anugerah Muslim-Friendly Tour Operator dan Business Excellence in Travel and Tourism Services Award.
  • Pengarah Urusan, Muhammad Al-Fadzil, menegaskan bahawa anugerah ini mencerminkan kepercayaan pelanggan dan komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang bermakna dan selamat.
  • Syarikat memberi penekanan kepada pakej mesra Muslim, perkhidmatan berkualiti, serta pendidikan tentang sejarah dan fiqh pengembaraan untuk membina komuniti pelanggan setia.

Syarikat pelancongan terkemuka, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd, terus meneguhkan kedudukan sebagai jenama dipercayai dalam industri pelancongan negara apabila merangkul dua pengiktirafan berprestij secara berturut-turut tahun ini.

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, Kembara Sufi telah menerima Anugerah Muslim-Friendly Tour Operator sempena Islamic Tourism Week 2025 serta Business Excellence in Travel and Tourism Services Award di Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025 yang berlangsung pada 27 November di Hotel Sheraton Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn Bhd,  Muhammad Al-Fadzil, beliau bersyukur atas pengiktirafan tersebut dan menganggap anugerah tersebut sebagai kejayaan manis sejak menubuh syarikat.

“Anugerah ini lebih daripada sekadar pengiktirafan tetapi mencerminkan kepercayaan para pelancong yang telah bersama kami sejak dahulu. Setiap perjalanan kami rangka dan urus berpandukan keyakinan bahawa pengembaraan harus memberi makna, keselamatan dan pengalaman.

“Kami amat bersyukur menerima penghormatan ini dan ia memberi semangat untuk terus berkhidmat dengan keikhlasan dan penuh komitmen,” kata Muhammad Al-Fadzil.

Pasukan Kembara Sufi Travel & Tours membina empayar melalui kepercayaan dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan kepada para pelanggan.

Setiap pengembaraan diteliti bagi memberikan kepuasan kepada semua sama ada melibatkan perjalanan domestik mahupun antarabngsa.

Penekanan kepada pakej mesra Muslim, pakej berkulitkan mahupun perkhidmatan perjalanan korporat diurus dengan baik bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Penekanan dan ketelitian diberikan sejak pengembara di lapangan terbang lagi bagi memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi sebuah pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila.

Sebagai sebuah ‘gergasi’ kembara, Kembara Sufi Travel & Tours begitu memberikan penekanan berkaitan makanan halal, waktu solat dan cara bersuci untuk mereka yang bermusafir.

Selain itu, perkongsian perkongsian berkaitan sejarah tempat lawatan serta ilmu fiqh pengembaraan menarik yang akan dikongsikan oleh ketua rombongan. Pendekatan ini telah membantu jenama tersebut membina komuniti pelanggan setia serta mengukuhkan kedudukannya dalam industri pelancongan Malaysia yang semakin kompetitif.

“Industri pelancongan bukan sekadar melihat tempat baharu tetapi ia tentang hubungan, pembelajaran dan mencipta kenangan. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman itu dan bekerja keras agar setiap perjalanan menjadi lancar dan bermakna,” tambah Muhammad Al-Fadzil.

Beberapa perancangan khusus juga sudah diatur bagi memperluaskan perkhidmatan dan meraih kepercayaan pelanggan untuk kekal utuh sebagai sebuah jenama disegani pada masa hadapan.
 
“Fokus kami adalah untuk berkembang seiring dengan perubahan industri, namun tetap berpijak pada prinsip yang membentuk jenama kami.

"Anugerah ini menjadi dorongan untuk kami terus belajar, memperbaiki dan menyediakan perkhidmatan pelancongan yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Pengiktirafan di Islamic Tourism Week membuktikan kekuatan jenama Kembara Sufi dalam mempelopori konsep pelancongan Muslim kontemporari yang bukan sahaja mematuhi prinsip syariah, malah membawa nilai spiritual dalam setiap perjalanan.

Pendekatan unik dengan penyertaan tazkirah, panduan fiqh musafir, waktu solat, makanan halal serta pengisian rohani yang menjadikan setiap trip sebagai pengalaman mendidik jiwa.

Kembara Sufi juga dikenali sebagai agensi pelancongan tempatan yang berani membuka laluan baharu ke destinasi 'rare' seperti Balkan, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia Tengah dan terbaharu 13 wilayah terpencil di Vietnam serta Timor Leste.

Walaupun cabaran dari segi kos dan logistik tinggi, syarikat ini terus menawan hati pelanggan dengan pakej yang eksklusif, teratur dan penuh nilai tambah.

Must-Watch Video

Advertisement