Skip to main content
Advertisement

Travelmana

#Travelmana: Taiwan Bukan Sekadar Taipei! Ini 6 Sebab Destinasi Ini Berbaloi Untuk 'Repeat Trip'

#Travelmana: Taiwan Bukan Sekadar Taipei! Ini 6 Sebab Destinasi Ini Berbaloi Untuk 'Repeat Trip'

Sekilas

  • Taiwan kini menawarkan pelbagai pengalaman menarik dari makanan, budaya, alam semula jadi hingga aktiviti membeli-belah yang boleh diterokai sepanjang hari dan malam menerusi kempen ‘Taiwan – 100 Ways’.
  • Pelancong Malaysia yang pernah ke Taiwan selepas 1 Januari 2023 berpeluang mendapat kredit perbelanjaan sehingga NT$8,000 melalui inisiatif ‘Return to Taiwan, Double the Luck’.
  • Taiwan juga memperkukuh status destinasi mesra Muslim dan memudahkan kemasukan tanpa visa, menjadikannya pilihan praktikal untuk percutian bersama keluarga atau rakan.
Advertisement

Kalau Taiwan pernah menjadi destinasi percutian sebelum ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kembali kerana negara itu kini mahu menawarkan lebih banyak sebab untuk pelancong Malaysia datang semula.

Bukan sekadar syurga makanan dan membeli-belah, Taiwan turut menawarkan pengalaman budaya, alam semula jadi serta aktiviti yang boleh diterokai dari pagi hingga malam.

Advertisement

Malah, menerusi kempen ‘Taiwan – 100 Ways’, pelancong diajak melihat sendiri pelbagai sisi Taiwan yang mungkin terlepas ketika kunjungan pertama.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Joseph Cheng berkata, pihaknya berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat melihat kepelbagaian pengalaman yang ditawarkan negara berkenaan.

“Taiwan menawarkan pelbagai pengalaman menarik, termasuk makanan, budaya, alam semula jadi dan aktiviti membeli-belah. Bila-bila masa dan di mana sahaja, Taiwan sentiasa bersedia mengalu-alukan kedatangan pelancong Malaysia.

“Taiwan bukan sekadar destinasi percutian, malah menawarkan pengalaman baharu dan kenangan bermakna pada setiap kunjungan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan berkunjung ke Taiwan untuk menerokai keistimewaannya serta menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Jadi, apa yang menarik untuk pelancong Malaysia kali ini?

1. Pernah Ke Taiwan? Ada Peluang Dapat NT$5,000 Bila Datang Lagi

Ini mungkin antara perkara paling menarik buat mereka yang pernah bercuti ke Taiwan.

Menerusi inisiatif ‘Return to Taiwan, Double the Luck’, pelancong yang pernah memasuki Taiwan pada atau selepas 1 Januari 2023 berpeluang menerima kredit perbelanjaan bernilai NT$5,000 apabila kembali berkunjung.

Lebih menarik, jika datang bersama ahli keluarga atau rakan, terdapat insentif tambahan NT$3,000 untuk teman perjalanan, sekali gus menjadikan manfaat keseluruhan berpotensi mencecah NT$8,000.

Inisiatif itu diperkenalkan selepas sambutan terhadap kempen terdahulu, ‘Taiwan the Lucky Land’, selain melihat potensi besar pelancong yang memilih untuk kembali bercuti ke Taiwan.

2. Bukan Taipei Saja, Banyak Lagi Sisi Taiwan Boleh Diterokai

Taiwan mungkin cukup sinonim dengan Taipei, pasar malam dan lokasi membeli-belah, tetapi pengalaman negara itu sebenarnya jauh lebih luas.

Menerusi ‘Tourism Dual-Drive Programme’ yang berkuat kuasa sejak 1 September, perhatian turut diberikan kepada perjalanan ke bahagian tengah dan selatan Taiwan serta wilayah Hualien–Taitung.

Program tersebut termasuk insentif penginapan tambahan untuk kumpulan insentif korporat luar negara yang berkunjung ke kawasan berkenaan.

Ia sekali gus membuka peluang untuk pelancong mengenali sisi Taiwan yang berbeza daripada itinerary tipikal kunjungan pertama.

3. Taiwan Mahu Jadi Destinasi Yang ‘Hidup’ 24 Jam

Satu lagi tarikan Taiwan adalah bagaimana pengalaman berbeza boleh dinikmati mengikut waktu.

Makanan, budaya, alam semula jadi dan membeli-belah antara pengalaman yang diketengahkan menerusi konsep ‘Taiwan Never Sleeps’.

Menurut Joseph, Taiwan mahu pelancong Malaysia melihat negara itu sebagai destinasi yang sentiasa mempunyai sesuatu untuk diterokai, sama ada pada waktu siang atau malam.

“Taiwan menawarkan pelbagai pengalaman menarik, termasuk makanan, budaya, alam semula jadi dan aktiviti membeli-belah. Bila-bila masa dan di mana sahaja, Taiwan sentiasa bersedia mengalu-alukan kedatangan pelancong Malaysia,” katanya.

4. Pelancong Muslim Semakin Diberi Perhatian

Buat pelancong Muslim Malaysia, aspek ini mungkin antara pertimbangan penting sebelum memilih destinasi luar negara.

Taiwan kini memperkukuh usaha untuk meletakkan negara itu sebagai destinasi mesra Muslim.

Malah, pengendali pelancongan Muslim dari Malaysia buat pertama kalinya turut dijemput menyertai Pavilion Taiwan di MATTA Fair Kuala Lumpur.

Usaha berkenaan turut disokong kedudukan Taiwan di tempat ketiga dunia dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menerusi Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2026.

5. Tak Perlu Pening Fikir Visa

Satu lagi faktor yang memudahkan perjalanan rakyat Malaysia ialah kemudahan kemasukan tanpa visa seperti dinyatakan Pentadbiran Pelancongan Taiwan.

Ditambah pula dengan sambungan penerbangan antara kedua-dua negara, Taiwan menjadi antara destinasi yang praktikal untuk percutian bersama keluarga atau rakan.

Hubungan itu bakal diperkukuhkan menerusi Memorandum Persefahaman antara Pentadbiran Pelancongan Taiwan dan Malaysia Airlines.

Kerjasama tersebut memberi tumpuan kepada lawatan suai kenal, pembangunan produk pelancongan serta pemasaran bersama bagi mengukuhkan lagi hubungan pelancongan Taiwan dan Malaysia.

6. Sekali Pergi Mungkin Belum Cukup

Itu sebenarnya antara mesej utama yang mahu dibawa menerusi pendekatan baharu Taiwan.

Daripada makanan dan budaya kepada alam semula jadi serta membeli-belah, pengalaman seseorang pelancong boleh berubah setiap kali kembali.

Joseph sendiri melihat setiap kunjungan sebagai peluang mencipta pengalaman dan kenangan baharu.

“Taiwan bukan sekadar destinasi percutian, malah menawarkan pengalaman baharu dan kenangan bermakna pada setiap kunjungan.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan berkunjung ke Taiwan untuk menerokai keistimewaannya serta menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Usaha mendekati pasaran Malaysia turut diperkukuhkan menerusi penyertaan delegasi Taiwan yang terdiri daripada 44 organisasi dan 76 wakil industri di MATTA Fair Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pencipta kandungan Malaysia, Azim Othman serta pasangan pengembara Alana dan Abbas turut berkongsi pengalaman percutian mereka di Taiwan, selain persembahan LED diabolo oleh Diabolo Walker yang pernah membuat persembahan di pentas Cirque du Soleil.

Anda mungkin berminat dengan

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Decathlon Swimming Goggles Xbase L Clear Lenses - Blue (Anti-Fogging) - Nabaiji

Decathlon Swimming Goggles Xbase L Clear Lenses - Blue (Anti-Fogging) - Nabaiji

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

NATUWREL DONNA PISTACHIO SAUCE

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

adidas Lifestyle CITY TECH BACKPACK Unisex Beige KG3178

adidas Lifestyle CITY TECH BACKPACK Unisex Beige KG3178

Must Watch Video

Advertisement