Skip to main content

Kandungan Pengguna

Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Ambil Ubat Di Hospital, Tak Perlu Tunggu Lama - “Saya Guna Setiap Kali Nak Ambil Ubat Mak…”

Myubat

Sekilas

  • Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi MyUBAT yang memudahkan pengambilan ubat di hospital kerajaan tanpa perlu beratur panjang.
  • Aplikasi ini sangat membantu terutama warga emas dan pesakit yang ingin mengelakkan masa menunggu lama di kaunter farmasi.
  • MyUBAT juga membolehkan pesakit memantau temu janji dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan ubat susulan di fasiliti KKM.
Advertisement

Seorang pengguna media sosial tampil berkongsi kemudahan aplikasi MyUBAT yang disifatkannya memudahkan urusan pengambilan ubat di hospital kerajaan, sekali gus mengurangkan masa menunggu terutama dalam kalangan warga emas.

Menerusi hantaran di platform Threads, wanita dikenali sebagai Huda Mustapa berkata aplikasi tersebut membolehkan pesakit mendapatkan ubat dengan lebih mudah tanpa perlu beratur panjang di kaunter farmasi.

Advertisement

Jelas Huda lagi, dia sendiri menggunakan kemudahan itu bagi menguruskan pengambilan ubat ibunya di Hospital Ampang.

“Gais, please please. Register diri sendiri atau parents kalau ambil ubat di hospital gomen (kerajaan) using MyUBAT.

“Kesian tau dah tua bangka kena beratur amek ubat and tunggu lama. Dengan anak kecik ikut sekali.

“Saya pakai apps ni everytime amek ubat mak dekat Hospital Ampang. Amek dekat locker je. Please viral kan gais untuk kurangkan trafik di hospital.

“Beratur nak amek ubat sampai tunggu di klinik ambil darah. Kesian tau mostly orang tua,” kongsinya.

Sementara itu, perkongsian tersebut juga mendapat perhatian apabila Huda turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya yang kini sedang menjalani proses pemulihan selepas diserang strok.

“Gais, saya tak mintak banyak. Hanya doakan mak saya cepat sembuh dari sakit stroke. Mak saya masih lagi berjuang untuk pulih. Terima kasih semua,” tulisnya.

Untuk info, MyUBAT adalah aplikasi telefon pintar untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, aplikasi tersebut juga membolehkan pesakit memantau temu janji perkhidmatan nilai tambah farmasi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement