Skip to main content

Fesyen

Warisan Tak Perlu Jadi ‘Old-Fashioned’, Mahu Gen Z Pakai, Guna & Banggakan Budaya Malaysia

Warisan Tak Perlu Jadi ‘Old-Fashioned’, Mahu Gen Z Pakai, Guna & Banggakan Budaya Malaysia

Sekilas

  • Precious of Malaysia Citraloka 2026 bertujuan menjadikan warisan budaya lebih relevan kepada generasi muda melalui fesyen, media sosial, muzik, dan pendidikan.
  • Program ini melibatkan pelajar, pereka muda, artisan, dan komuniti untuk memastikan seni tradisi seperti Seni Telepuk terus hidup dan dipraktikkan secara langsung.
  • Usaha ini menekankan bahawa budaya tidak perlu diubah identiti asalnya, tetapi cara penyampaiannya harus disesuaikan supaya budaya tempatan terus dipakai, digunakan, dan dibanggakan.
Advertisement

Warisan Malaysia tidak seharusnya hanya dipamerkan di muzium atau diraikan ketika berlangsungnya festival tertentu sehingga akhirnya dilihat jauh daripada kehidupan generasi muda.

Sebaliknya, cara budaya tempatan dibawa kepada golongan muda perlu berubah supaya ia terus relevan tanpa mengorbankan identiti asalnya.

Advertisement

Itu pendekatan yang mahu diketengahkan pengasas FM Group, Farel Mikhail menerusi penganjuran Precious of Malaysia Citraloka 2026.

“Kita kena ubah cara kita membawa budaya. Itulah yang kami lakukan dalam Precious of Malaysia.

“Kalau budaya hanya diletakkan dalam muzium atau dipersembahkan ketika sambutan tertentu, generasi muda mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan mereka.

“Untuk itu, Precious of Malaysia menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan dunia anak muda menerusi fesyen, kandungan media sosial, pertandingan, catwalk, muzik, pendidikan dan kolaborasi,” katanya.

Menurut Farel, pendekatan sedemikian penting terutama ketika generasi masa kini semakin terdedah kepada pelbagai pengaruh budaya global menerusi media sosial dan dunia digital.

Bagi memastikan seni tradisi terus mempunyai pelapis, golongan muda juga perlu diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dan bukan sekadar menjadi penonton.

Advertisement

Antara contoh yang diketengahkan ialah Seni Telepuk apabila pelajar diberikan pendedahan menerusi bengkel sebelum hasil kerja mereka dibawa ke pertandingan dan pentas fesyen.

“Bagi saya, kerjasama seperti ini juga boleh membuka ruang kepada pereka tempatan untuk menghasilkan rekaan yang menggabungkan elemen tradisional dengan potongan kontemporari tanpa menghilangkan identiti asalnya.

“Contohnya Seni Telepuk. Dalam acara sebelum ini, kita bukan sekadar pamerkan Telepuk. Kita sudah mulakan bengkel bersama pelajar, mereka belajar menghasilkan Telepuk, kemudian hasil itu dibawa ke pertandingan dan pentas fesyen.

“Kita mahu anak muda rasa bahawa memakai batik, kebaya, songket atau mengangkat seni tradisi itu bukan sesuatu yang ‘old-fashioned’,” katanya.

Atas sebab sama, Precious of Malaysia turut membuka ruang kepada pelajar, pereka muda, artisan, usahawan kreatif, model, penggiat seni, sekolah, kolej vokasional, universiti dan masyarakat umum untuk terlibat.

“Ini amat penting dalam memastikan budaya tempatan tidak terputus daripada generasi masa kini yang lebih terdedah kepada pengaruh budaya global melalui media sosial dan dunia digital.

“Atas alasan itu juga, Precious of Malaysia Citraloka 2026 turut memberi ruang kepada pelajar, pereka muda, artisan, usahawan kreatif, model, penggiat seni, sekolah, kolej vokasional, universiti dan masyarakat umum untuk terlibat secara langsung,” katanya.

Farel menegaskan, usaha menjadikan warisan relevan tidak bermaksud budaya perlu diubah mengikut trend semasa.

“Warisan tidak perlu diubah identitinya untuk menjadi trendy. Cara kita mempersembahkannya yang perlu berubah.

“Kita tidak mahu budaya hanya dikenang, kita mahu budaya dipakai, digunakan, dikongsi dan dibanggakan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

NEW SOSTROM JOGGING SHOES MEN'S AND WOMEN'S SHOES SPORT SHOES SPORT SHOES

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Must Watch Video

Advertisement