Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: “Alhamdulillah Akhirnya Kini Pasti Saya Menang” - Liza Aziz Syukur Dinobat Sebagai Juara
Pentas Gegar Vaganza 11 melabuhkan tirai dengan menyaksikan Liza Aziz dinobat sebagai juara edisi ke-11.
Hasil kemenangan tersebut Liza telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Mendendangkan lagu I Surrender, Cinta dan Angkat untuk segmen Battle Vanganza bersama Ning Baizura, Sheila Abdull, dan Zehra Zambri.
“Alhamdulillah akhirnya kini pasti saya menang,” katanya ringkas.
Tempat kedua disandang oleh Ning Baizura yang membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala Sheila Abdull berada di tempat ketiga membawa pulang RM30,000 dan trofi.
Sementara itu, Dadali Dyrga memenangi tempat keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 disusuli Zehra Zambri di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000 berserta trofi.
Manakala trio dari Indonesia, The Lima meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, RM10,000 berserta trofi.
Senarai penuh penuh pemenang Gegar Vaganza 11:
Juara: Ning Baizura
Naib Juara: Liza Aziz
Tempat Ke-3: Sheila Abdul
Tempat ke-4: Dadali Dyrga
Tempat ke- 5: Zehra Zambri
Tempat ke-6: The Lima
Ikon Super Lit CelcomDigi - Liza Aziz
Bintang Cukcoo Paling Gempak - The Lima
Anuerah Terpaling Adabi - Liza Aziz
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.