Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Bintang Pertama Tersingkir, Nai Dinamik Terharu Dapat Sokongan Padu Peminat
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Nai Dinamik akui sedih apabila menjadi peserta pertama yang harus meninggalkan pentas GV.
Meskipun begitu, Nai sangat terharu kerana mendapat sokongan daripada peminat-peminat sepanjang bertanding di program hiburan pilihan peminat itu.
“Memang perasaan sedih itu ada, tapi saya sangat terharu kerana mendapat sokongan peminat yang sangat padu dari Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak,” katanya ringkas.
Mengulas lanjut mengenai persembahannya ketika menyanyikan lagu Apa Nak Dikata, Nai akui berlaku sedikit masalah kepada monitor telinganya.
Walaupun sudah diberi peluang kedua oleh juri tetap, Datuk Ramli M.S, Nai masih gagal untuk mendapatkan rentaknya kembali bagi memberikan persembahan terbaik semasa menyampaikan lagu tersebut.
“Ear monitor saya memang ada bunyi namun feedback dia lewat setengah saat disitu saya gagal kerana tidak dapat agak tempo.
“Semasa peluang kedua itu pun saya masih menghadapi masalah yang sama, memang tak dapat masuk.
“Lagi pun saya bergantung kepada prompter, senang cakap saya memang dah hafal setiap rangkap itu namun tak berani untuk melepaskan prompter kalau lepaskan semua memang tak ingat.
“Lagi satu saya menghadapi kenkangan masa untuk menghafal sebab lagu itu kerana ia satu lagu baru untuk saya,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Tok Ram Beri Peluang Kedua Kerana Masalah Teknikal Namun Nai Masih Buat Kesilapan - “Memang Ada Masalah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Unbreakable! Nai Dinamik Pulang Di Minggu Ketiga
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Tok Ram Hentikan Persembahan Nai Dinamik - “Saya Rasa Tak Adil Untuk Dia”
Nai tersingkir selepas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 40.60 peratus untuk persembahan minggu ketiga.
Selain Nai, turut berada ditangga tiga terbawah adalah Zehra Zamri dan Reshmonu.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video