Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Bukan Mudah, The Lima Kongsi Rasa Gementar Hadapi Genre Dangdut
Bintang Gegar Vaganza 11, The Lima akui sedikit gementar jika harus membawakan lagu tugasan begenre dangdut.
Bukan takut namun The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif menyatakan mereka agak risau untuk membawakan lagu dangdut kerana ia mempunyai lenggok yang khas dan agak sukar buat penyanyi pop seperti mereka.
“Kalau yang kami paling suka adalah balada dan juga pop, tetapi kalau cakap pasal genre yang susah kami akan cakap Dangdut.
“Kenapa kami cakap dangdut sebab kami adalah penyanyi pop, dan dangdut itu mempunyai lenggok khas jadi kami sendiri harus mempelajari lenggok-lenggok dangdut itu,” kata The Lima.
Pernah menyampaikan lagu dangdut sebelum ini namun menurut The Lima genre yang disampaikan mereka lebih kepada genre pop.
Jika mahu dipersembahkan di pentas Gegar Vaganza, mereka sedikit risau kerana mempunyai juri yang benar-benar mahir dalam genre tersebut iaitu Hetty Koes Endang.
“Kami pernah bawakan cuma itu adalah lagu yang lebih pop, dan disini jurinya pula ada Hetty Koes Endang yang memang mahir mengenai lenggok dangdut.
“Jadi kami harus hati-hati jika mahu menyampaikan lagu seperti itu kerana kalau mahu dangdut ia betul-betul ada lenggoknya,” ujar mereka.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video