Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Dikatakan Sebagai Pencabar Terkuat, Liza Aziz Tak Rasa Bintang Lain Tergugat - “Saya Pun Dah Menang Banyak Kali…”
Bintang Gegar Vaganza 11(GV11), Liza Aziz menganggap kesemua bintang-bintang yang bersaing tidak tergugat dengan kehadirannya di pentas GV.
Jelasnya, setiap daripada mereka sudah cuba melakukan yang terbaik dan membuktikan mereka juga boleh berada ditangga pertama.
“Saya rasa mereka tidak tergugat, sudah semestinya mereka cuba melakukan yang terbaik.
“Bila saya nampak The Lima menang pun saya happy, sebab bila saya tengok mereka buat persembahan saya tahu mereka akan menang. Kalau saya menang tempat pertama ke kedua ke saya okay sahaja.
“Saya pun dah menang banyak kali jadi berilah peluang kepada mereka yang lain pula,” katanya.
Pada masa sama, sebagai penyanyi Liza tidak pernah merasa puas setiap kali dia membuat persembahan.
Baginya, dia boleh berikan persembahan yang lebih baik setiap minggu.
“Setiap kali saya menyanyi saya akan rasa tak puas. Sebab saya tahu saya boleh buat lebih baik. Lagu untuk minggu ini juga agak mencabar untuk saya tapi saya dah buat yang terbaik.
“Ade Govinda ada hubungi saya dan suka dengan persembahan saya, itu yang membuatkan saya gembira,” ujarnya.
Untuk rekod, Liza Aziz pernah menduduki tangga pertama sebanyak lima kali di pentas Gegar Vaganza 11.