Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Dominasi Tangga Pertama Setiap Minggu, Kekal Jadi Program Pilihan Rakyat Malaysia
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sentiasa memberikan sokongan padu terhadap program hiburan Gegar Vaganza.
Jelas Raqim, sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia telah mengekalkan GV sebagai program nombor satu di Malaysia dan sentiasa mendominasi tangga pertama setiap minggu.
“Gegar Vaganza masih kekal sebagai program hiburan nombor satu di Malaysia. Setiap minggu kami mendominasi program pilihan rakyat Malaysia.
“Terima kasih kepada penonton yang telah menyokong dan memastikan GV tetap unggul di tangga pertama. Ia juga merupakan kerjasama daripada setiap orang yang terlibat. Saya sangat berterima kasih kepada anda semua,” kata Raqim.
Pada masa sama, Raqim turut menyatakan meskipun baru sahaja melabuhkan tirai pasukan produksi sudah bersedia membuat persiapan untuk musim baharu GV.
“InsyaAllah sekiranya ada rezeki, kita akan berjumpa lagi. Semestinya kita sudah ada perancangan untuk musim akan datang, mungkin itu adalah persoalan yang sentiasa bermain di minda anda.
“Dan iya kami sedang melakukan persiapan untuk Gegar Vaganza 12 yang semestinya lebih gah,” tambahnya.
Gegar Vaganza 11 melabuhkan tirai dengan menyaksikan Liza Aziz diangkat sebagai juara.
Sementara itu, Ning Baizura dan Sheila Abdull pula berada di tempat kedua dan ketiga.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video