Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Lagu Ku Bersuara Bawa Tuah! Sheila Abdul Di Tangga Pertama, Yazid Lovehunters Pula Tersingkir

gempak
Mya Amri
22/12/2024
16:04 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Lagu Ku Bersuara Bawa Tuah! Sheila Abdul Di Tangga Pertama, Yazid Lovehunters Pula Tersingkir
Nama bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Shiela Abdul dinobatkan berada dikedudukan pertama untuk konsert minggu kelima.
Kemenangan itu sekali gus memberikan Sheila Abdul membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000.
Manakala Liza Aziz dan Ning Baizura pula berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.
Tiga nama yang berada ditangga terendah adalah Arrora Salwa, Yazid Lovehunters dan Reshmonu.

Yazid Lovehunters tersingkir

Namun nasib tidak menyebelahi Yazid Lovehunters apabila tiada lagi lagu diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.
Minggu ini Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut dimeriahkan dengan kehadiran Sherry Alhadad sebagai pengacara ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Rasa Dimalukan Bila Dijuri Oleh Tok Ram” - Farahdhiya Percaya GV Platform Terbaik Untuk Cabar Diri

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Alami Muntah-Muntah, Illa Sabry Dedah Sering Jatuh Sakit Setiap Minggu – “Saya Tak Rasa Orang Berniat Tak Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Datuk Jamal Abdillah, Ruhil Amani Hussin, Azlina Aziz Antara Penyanyi Undangan, Semak Lagu Minggu Kelima Dengan Tema GV Hadir

ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Dapat Tawaran Berlakon, Arrora Salwa Teringin Nak Main Watak Antagonis - “Saya Nak Cuba Bawa Watak Mak Tiri Atau….”
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024