Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Unbreakable! Nai Dinamik Pulang Di Minggu Ketiga
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz masih berjaya mengekalkan kedudukan pertamanya untuk konsert ketiga.
Kemenangan itu sekali gus memberikn Liza Aziz untuk membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan wang tunai berjumlah RM2,000.
Ning Baizura dan Inka Chirstie pula berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu Zehra Zamry ,Reshmonu dan Nai Dinamik kurang bernasib baik apabila berada ditangga tiga terbawah.
Namun perjalanan Nai Dinamik dalam GV11 terhenti apabila tiada lagi lagu diumumkan semasa segmen Ada Lagu, Ada Lagi.
Untuk minggu keempat, peserta yang masih kekal dicabar dengan tema Hore Hore dimana peserta harus menyanyikan lagu-lagu yang berentak laju dan meriah.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.