Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11 RECAP: Dianggap Sebagai Celine Dion Malaysia, Liza Aziz Rangkul Juara! Ini Komen & Markah Penuh Konsert Akhir
Menepati ramalan warganet, bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) Liza Aziz akhirnya bergelar juara GV untuk edisi ke-11.
Menyampaikan lagu I Surrender, Liza Aziz berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 77.89 peratus daripada juri tetap.
Liza juga turut menyampaikan lagu Cinta duet bersama Krisdayanti dan Angkat bersama Ning Baizura, Sheila Abdull, dan Zehra Zambri.
Sementara itu, Ning Baizura berjaya merangkul gelaran Naib Juara dan Sheila Abdull pula ditempat ketiga.
Dadali Dyrga berada di tempat keempat manakala Zehra Zambri dan The Lima masing-masing berada di tempat kelima dan keenam.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Konsert Akhir Gegar Vaganza 11:
Segmen Solo
Kenangan Terindah - Dadali Dyrga
“Saya suka chorus pertama sangat cantik, tapi ada part yang kamu tak nyanyi jadi kami tak dapat detect betul atau tidak, kalau kamu flat macam mana? Tapi kamu aman malam ini,” Datuk Ramli M.S
Listen - Sheila Abdull
“Ini minggu yang tidak boleh ada kesalahan, lagu ini sangat kuat jadi bawa lagu ini perlu sempurna, kamu sudah mencuba. Ada sedikit kesalahan pada part terakhir,” Hetty Koes Endang.
Berpaut Di Dahan Cinta - Zehra Zambri
“Saya sangat suka masa awak mula tadi, awak sangat terkawal tapi bila chorus ada here and there, bila nyanyi awak kena kawal emosi. Sepanjang 12 minggu saya nampak awak berpontensi untuk menyanyi jadi tak perlu untuk jadi pembaca berita.
“Bila awak nyanyi, awak bersungguh-sungguh saya sangat menghargai,” Datuk Syafinaz Selamat.
A Moment Like This - Ning Baizura
“Saya prefer awak punya chest tone sebab ia lagi stabil daripada head tone. Sebutan awak cantik. Hari ni aman-aman,” Datuk Ramli M.S
Bila Rasaku Ini Rasamu - The Lima
“Peserta GV 11 memang hebat-hebat, The Lima ada sedikit-sedikit kesalahan, memang susah tapi saya rasa kalau mengikut solo ada yang okay, kamu aman malam ini,” Hetty Koes Endang
I Surrender - Liza Aziz
“Look awak sangat vass, siapa boleh nyanyi lagu Ciline Dion.. Liza Aziz. Malam ini awak tunjukkan sisi lembut awak dan menjadikan ia kuat. Soft note yang last tu susah nak buat tapi awak berjaya buat. Persembahan malam ini persembahan yang sangat baik, tapi awak masih ada dua, buat baik-baik,” - Datuk Syafinaz Selamat
“Teknik vokal kamu tiada masalah, emosi yang kamu sampaikan malam ini sangat best. Ardenalin rush saya sangat terasa, penampilan kamu malam ini sangat amazing,” Hetty Koes Endang.
Segmen Duet
Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir
“Kamu ada salah nyanyi lirik, kamu nyanyi ber tapi dekat lirik ter. Tapi kamu aman cuma markah tetap potong,” Datuk Ramli M.S
Sheila Abdull duet bersama Taufik Batisha - Aku Bersahaja
“Chemistry itu harus cepat disatukan, tapi saya lihat kamu seperti sudah berbulan berlatih dengan Taufik, kamu aman malam ini,” Hetty Koes Endang
Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan
“Pasangan duet anda semua vokal mereka sangat menakutkan sebab mereka bagus, suka atau tidak anda akan dibandingkan. Persembahan tadi nampak awak yakin dan relax. Saya suka persembahan ini sebab chemistry awak dan Jac sangat bagus. Kalau nak compare dengan persembahan solo duet kamu lebih baik,” Datuk Syafinaz Selamat.
Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta
“Wow! Sifat yang ambil peluang bila diberi pasangan yang bagus, cantik kamu nyanyi. Awak ikut standard dia. Aman,” Datuk Ramli M.S
The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye
“The Lima kembali, menurut saya malam ini kamu seperti show sahaja, malam ini kamu sangat menghiburkan,” Hetty Koes Endang.
Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta
“Untuk duet terakhir ini adalah duet yang sempurna, itu yang saya inginkan seperti berbicara. Aura positif Krisdayanti telah disampaikan kepada Liza,” Hetty Koes Endang.
Bagaimanapun untuk segmen Battle Vaganza tiada komen diberikan kepada bintang-bintang GV.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/0_dummy/markah-gempak_9.png)
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua finalis diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video