Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11 RECAP: Tok Ram ‘Malas’ Nak Komen Arorra Salwa, The Lima Dapat Gebprek! Semak Komen & Markah Minggu Kelapan
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Arorra Salwa terhenti selepas lapan minggu berjuang di pentas GV.
Mengikut rangking, Arorra menduduki tangga tiga terbawah bersama Zehra Zambri dan Ronnie Hussien namun nasib tidak menyebelahinya apabila mendapat markah terendah daripada juri tetap.
Sementara itu, The Lima pula buat pertama kali berjaya menduduki tangga pertama selepas memperoleh markah sebanyak 74.40 peratus daripada juri tetap menerusi persembahan mereka yang menyanyikan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian asal Datuk Seri Rossa.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kelapan:
Arorra Salwa - Cinta Hanya Sandaran
“Dah lapan minggu untuk cakap pasal vokal, saya rasa benda yang sama. Jadi saya tak nak ulang,” - Datuk Ramli M.S
Fairuz Selamat - Satu
“Lagu ini tidak mudah dan tidak susah. Tidak memerlukan suara yang terlalu menekan.
“Tadi tariannya saya suka, kalau dapat lagu macam ini berdendang jangan teriak. Fairuz sukses,” Hettey Koes Endang.
Liza Aziz - Masing-Masing
“Liza Aziz power vocal cuma kalau kita nak tambah baik, yang saya inginkan satu cerita yang lebih mendalam. Vokal awak kita tak payah cerita jadi kita lihat benda lain,” - Datuk Syafinaz Selamat.
Ning Baizura - Keabadian Cinta
“Saya nak kamu tahu satu benda, awak punya signature tiada siapa boleh tukar. Feel awak cantik. Tak boleh ada bunyi sombong nanti orang luar tidak akan dihargai. Saya terhibur,” Datuk Ramli M.S
“Malam ini Ning kembali, walaupun ini lagu lelaki dan cabaran untuk awak, tapi kamu berjaya,” Hetty Koes Endang.
The Lima - Aku Bukan Untukmu
“Saya rasa persembahan kamu paling baik adalah hari ini. Dinamik kamu bertiga dapat.
“Malam ini kamu dapat gebprek,” Hetty Koes Endang.
Dadali Dyrga - Separuh Aku
“Saya persembahan tadi sangat energetik, kalau dengar lagu ia biasa tapi bila awak nyanyi live kita dapat rasa energy itu.
“Kena betulkan lidah supaya teknik itu tidak terganggu,” Datuk Syafinaz Selamat
Zehra Zambri - Kau Pergi Tanpa Pesan
“ini memang kekuatan kamu tapi perlu ada kelembutan lagi. Jangan buang masa 3 minit awak.
“Awak tak nak tempat ke? Kerja keras untuk nyanyi lebih sempurna,” - Datuk Ramli M.S
Ronnie Hussien - Janji Kita
“Lagu ada karakter, penyanyi juga punya karakter dan malam ini kamu menyanyi sesuai dengan karakter vokal kamu.
"Nada sebelum overtune kamu sudah nyaman, enak didengar tapi pada saat overtune agak sedikit emosi," - Hetty Koes Endang.
Sheila Abdull - Dedebu Cinta/Bunga-Bunga Cinta
“Untuk awak dalam persembahan ini tadi, saya lebih cenderung kepada nyanyian kedua kerana nyanyian itu sampai.
“Awak boleh jadi pesaing besar untuk Liza Aziz kalau awak fokus. Awak perlu percaya pada diri awak,” - Datuk Syafinaz Selamat.
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
Untuk minggu kelapan, bintang Gegar Vaganza dicabar dengan tema ‘Kengkawan’ dimana mereka harus menyanyikan lagu pilihan bintang GV yang lain.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Must-Watch Video