Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11 RECAP: Tok Ram Puji Persembahan Liza Aziz, Semua Peserta Masih Di Zon Selamat! Semak Markah Penuh Minggu Pertama

Asyraf Roslan 25/11/2024 | 00:55 MYT

Konsert minggu pertama Gegar Vaganza 11 (GV11) menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan.

Dengan tema Kembali Menyengat, Penyanyi Liza Aziz berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu Bermula Cerita.
Sementara itu, Dadali Dygra dan Fairuz Selamat selesa menduduki di tangga kedua dan ketiga.
Meskipun tiada penyingkiran, Reshmonu, Arorra Salwa, dan Illa Sabry berada ditangga tiga terbawah selepas mendapat markah terendah untuk minggu pertama.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu pertama:
Hey Wale - Reshmonu (57.50%)
“Kamu datang tempat yang betul. Untuk kamu berkarya, ini adalah tempat yang betul.
“Saya nak dengar awak nyanyi lagu melayu. Sebab game GV bermula bila you nyanyi lagu orang," - Datuk Ramli M.S
Harapan - Ronnie Hussien (61.50%)
“Saya suka suara anda saat pada chorusnya sebab ada klimaks, walaupun ini adalah pertandingan hujung minggu tapi jangan leka, kena berlatih terus," - Hetty Koes Endang Semalakama - Zehra Zamri (63.75%)
"Malam ni saya nampak awak enjoy, tak nampak nervous. Saya jadi stalker awak ada suara yang menarik, awak perlu ada latihan.
"Cabaranya bukan minggu ini tapi bermula minggu hadapan tapi saya tahu awak boleh lakukan," - Datuk Syafinaz Selamat
Di Antara Gadis - Nai Dinamik (58.50%)
"Jangan putus ayat, berapa banyak genre music yang kamu boleh nyanyi, kamu kena amik lagu yang lebih bersaing. Jangan duduk di zon selesa sahaja," - Datuk Ramli M.S

Ahmad - Arrora Salwa (53.25%)
"Suara untuk saya sudah okay tapi gesture kamu itu.. Ekspresi cerita tidak sama mimik mukanya. Kamu layak masuk ke GV 11," - Hetty Koes Endang

Sambutlah Kasih - Yazid Lovehunters (63.25%)
"Umur 62 tapi suara macam 42, suara anda bunyi muda. Itu satu pujian yang sangat besar.
"Saya rasa sebab tu suara anda macam tu sebab sentiasa berlatih. Lakonan itu bagus tp kena mendalam. Mula minggu hadapan kena pilih key yang betul supaya awak selesa dan bunyi sedap," - Datuk Syafinaz Selamat
Izinkanlah - Fairuz Selamat (67.00%)
"Saya suka kamu punya kamu patah lagu, buat sebutan kamu jelas, acuan menyanyi ada dalam tu.
"Kamu kena hati-hari dengan nafas kamu, saya nak benda lagi banyak daripada anda. Kamu ada semua. Bila ada lagu yang lebih mencabar keluarkan GV adalah tempat untuk kamu bekarya," - Datuk Ramli M.S
Rela - Inka Chiristie (61.00%)
“Kita sebagai seorang penyanyi, lagu itu harus bercertia, itulah yang sebenarnya. Inikann ada peluangan jadi perlu ada improvement. Jaga kesihatan masih panjang perjalanan," - Hetty Koes Endang
The Lima - Buronan Cinta (62.25%)
“Saya suka apa yang saya dengar, keep entertain me” - Datuk Syafinaz Selamat
Illa Sabry (52.75%)
"Ini lagu you sendirikan, lagu ni dinamik dia besar, susah nyanyi. Kamu ada jiwa tapi tiada skill," - Datuk Ramli M.S
Mungkinkah - Sheila Abdul (65.75%)
"Memang dalam pertandingan, saya suka nada yang tembakan di saat perpindahan tembakannya sangat tembakan," - Hetty Koes Endang
Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali Dyrga (67.50%)
"Sebenarnya saya nak tanya kenapa lelaki suka pakai cermin mata.
"Saya suka lebih melihat mata kamu supaya saya boleh rasa apa yang anda rasa. Saya suka nada rendah, bunyi manly, hati-hati ketika pertukaran key sebab ada lari," - Datuk Syafinaz Selamat
Bermula Cerita - Liza Aziz (77.50%)
“You look mega sound pun mega. Saya gembira you masuk GV, bukan kamu tak boleh menyanyi. Saya tunggu minggu depan," - Datuk Ramli M.S
Curiga - Ning Baizura (67.00%)
"Walaupun sudah lama tidak berjumpa tetap masih Ning Baizura, jaga kesihatan dan tetap berlatih," - Hetty Koes Endang
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:

Untuk minggu kedua, peserta dicabar dengan tema Sama-Sama Naik dimana peserta harus menyanyikan lagu rakan-rakan industri pada zaman mereka.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

#Liza Aziz #Illa Sabry #GV11 #Datuk Ramli M.S
;