Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: “Saya Punya Prinsip Jika Benar, Benar, Jika Salah, Salah” - Disoal Ramli MS, Dadali Dyrga Perbetulkan Salah Faham Tentang Lirik
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Dadali Dyrga memperbetulkan kembali salah faham berkenaan lirik lagu Kekasih Awal dan Akhir ketika disoal juri, Datuk Ramli MS semasa konsert akhir yang berlangsung pada Ahad.
Betulkan salah faham tentang lirik
Menurut Dyrga, lirik yang sebenar untuk bahagian korus lagu tersebut adalah ‘berpisah’ bukan ‘terpisah’ seperti yang dibetulkan oleh Ramli MS.Dyrga berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.“Saya bahagia sahaja mendapat tempat keempat, walau bagaimanapun keputusan juri adalah yang terbaik cuma Tok Ram ada sedikit salah. “Lirik yang betul itu berpisah bukan terpisah. Tetapi Tok Ram itu orangnya menyenangkan, banyak sekali dia memberikan ilmu, begitu juga dengan Tok Naz dan bunda, terima kasih,” jelasnya.
Tidak kecil hati dengan juri
Dalam pada itu, ditanya sama ada berkecil hati dengan komen juri atau tidak, Dyrga berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah.“Alhamdulillah saya tetap bersyukur mendapat tempat keempat dan pastinya akan ada projek lain lagi di masa akan datang.“Masalah berkecil hati atau tidak, ya tidak tetapi jika saya benar maknanya benar. Saya punya prinsip jika benar, benar, jika salah, salah. “Tetapi tetap saya terima, ini sebahagian daripada cubaan dan cabaran hidup. Tidak ada masalah.
“Kalau diikutkan, untuk projek baharu saya akan berlakon filem bersama Shahrol Shiro. Insya-Allah perancangannya adalah sekitar bulan lima,” ujarnya.
Konsert akhir GV11 menyaksikan Liza Aziz diumumkan sebagai juara.
Manakala naib juara pula menjadi milik Ning Baizura dan tempat ketiga jatuh kepada Sheila Abdul.
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Berat Badan Dadali Dyrga Naik 15 Kg Sejak Duduk Malaysia - “Nasi Kerabu Saya Makan Daripada Warna Biru Jadi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Dadali Dyrga Hampir Marah, Terkejut Lihat ‘Kembar’ Naik Pentas - “Saya Dihalang Oleh Pihak Produksi Dan….”
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein Akui Ada Masalah Ketika Lakukan Persembahan Duet Bersama Dadali Dyrga - “Ianya Berpunca…”
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: “Bila Menyanyi Saya Akan Selalu Menangis” – Ada Sebab Dadali Dyrga Sering Pakai Kaca Mata Ketika Buat Persembahan
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: “Alhamdulillah Akhirnya Kini Pasti Saya Menang” - Liza Aziz Syukur Dinobat Sebagai Juara
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan kini baru sudah menimang cahaya mata ketiga dan menjalani proses berpantang.
Gegar Vaganza 11 ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu.
Must-Watch Video