Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Siapa Bakal Julang Gelaran Juara? Tema ‘Its Final’ Jadi Penentu, Semak Tugasan Lagu Minggu Akhir
Bukan satu namun tiga tugasan yang bakal dipersembahankan oleh Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) untuk konsert akhir Ahad ini.
Membawakan tema ‘Its Final’ setiap peserta bakal mendendangkan sebuah lagu bagi menentukan ‘tempat’ mereka dalam program hiburan pilihan peminat.
Tidak terhenti di situ, setiap bintang juga akan mempersembahkan sebuah lagu duet bersama penyanyi jemputan terkemuka antaranya, Jaclyn Victor, Pasha Ungu, Dolla, Datuk Jamal Abdillah, dan Krisdayanti.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh lapan peserta GV11 pada minggu Akhir GV::
Solo:
1. Kenangan Terindah - Dadali Dyrga
2. A moment like this - Ning Baizura
3. Berpaut di dahan cinta - Zehra Zambri
4. Bila Rasaku ini rasamu - The Lima
5. I Surrender - Liza Aziz
6. Listen - Sheila Abdull
Duet:
1. Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir
2. Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta
3. Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisha - Aku Bersahaja
4. Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta
5. The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye
6. Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan
Pentas akhir Gegar Vaganza juga tidak akan lengkap tanpa pusingan ‘battle’ yang telah menjadi trademark program tersebut sejak sekian lama.
Berikut merupakan lagu yang akan dibawakan oleh Bintang GV dalam pusingan Battle:
1. Ala Canggung II : The Lima & Dadali Dyrga
2. Angkat : Liza Aziz, Sheila Abdul, Zehra Zambri & Ning Baizura
Penentuan juara akan dilakukan oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.