Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Syafinaz Harap Peserta Tak Takut Dengan Liza Aziz, Masih Boleh Beri Saingan - “Kita Tahu Dia Penyanyi Yang Bagus Namun…”
Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat meluahkan rasa hairan dengan peserta GV yang dilihat takut untuk bersaing dengan Liza Aziz.
Menurut Syafinaz, Liza Aziz sememangnya seorang penyanyi yang baik namun ia tidak bermakna bintang-bintang lain tidak boleh memberikannya saingan yang sengit di dalam pertandingan.
“Saya rasa semua orang takut sangat dengan Liza Aziz, kita tahu dia adalah penyanyi yang bagus namun ia tidak bermakna anda tidak boleh memberi persaingan.
“Saya lihat semua orang daripada mula sampai sekarang ini mereka macam nak pergi tapi lepas itu mereka tarik break untuk hati-hati.
“Jadi saya nak bagi semangat kepada mereka yang sebenarnya mereka boleh lakukan meskipun seringkali kita lihat markah Liza tinggi tapi malam ini kita lihat ada yang boleh memintas dia.
“Jadi janganlah takut, tekan minyaklah,” kata Syafinaz ketika ditemui di sidang media konsert mingguan Gegar Vaganza.
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Perjalanan Arorra Salwa Terhenti! The Lima Akhirnya Duduki Tangga Pertama
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: 'Kengkawan' Pilih Lagu, Siapa Bakal On Top & Siapa Pula Yang Flop? Semak Lagu Tugasan Minggu Kelapan
Pada masa sama, Syafinaz turut menasihatkan bintang GV untuk belajar mengenai pesaing mereka.
Jelasnya, masih ada ruang yang boleh diperbaiki dan jadikan kelemahan pesaing sebagai satu sumber kekuatan bagi memperoleh kemenangan di pentas GV.
“Setiap penyanyi pun ada kekurangan, tiada siapa yang sempurna kalau sempurna mesti sudah dapat markah 100 peratus.
“Masih ada ruang yang boleh diperbaiki, kalau mereka adalah penyanyi yang bijak mereka akan belajar apa kekurangan pesaing mereka dan cuba lakukan apa yang penyanyi itu tidak boleh lakukan.
“Itu adalah adat pertandingan, lebih-lebih lagi yang berminggu-minggu. Jadi kalau anda bijak belajarlah kekurangan mereka dan jadikan kelebihan kita,” tambahnya.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video