Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Tok Ram Beri Peluang Kedua Kerana Masalah Teknikal Namun Nai Masih Buat Kesilapan - “Memang Ada Masalah…”
Juri tetap Gegar Vaganza 11, Datuk Ramli M.S menyatakan sebab dia memberhentikan persembahan bintang GV1, Nai Dinamik kerana masalah teknikal.
Menurut Ramli M.S, dia sendiri tidak dapat mendengar suara Nai Dinamik ketika permulaan bintang tersebut yang menyanyikan lagu Apa Nak Dikata nyanyian asal XPDC.
“Saya ingat perkara itu adalah masalah teknikal, jadi saya rasa ia tidak adil untuk dia.
“Sebab tu saya suruh buat balik, kerana hampir separuh verse itu saya tak dapat dengar suara dia. Itu sebab saya suarakan mengenai masalah tersebut,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Ramli yang juga pengarah muzik GV memberitahu Nai tidak menggunakan peluang kedua yang diperolehinya sebaik mungkin.
“Bila dah okay itu, memang ada masalah tempo, lirik, bukan salah gitar.
“Dia sepatutnya ambil peluang yang saya bagi, tapi bila dah bagi peluang yang kedua dia masih buat kesilapan,” ujar Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram.
Nai tersingkir selepas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 40.60 peratus untuk persembahan minggu ketiga.
Selain Nai, turut berada ditangga tiga terbawah adalah Zehra Zamri dan Reshmonu.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.