Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Tok Ram Hentikan Persembahan Nai Dinamik - “Saya Rasa Tak Adil Untuk Dia”
Persembahan bintang Gegar Vaganza 11 (GV 11), Nai Dinamik dihentikan oleh juri tetap GV, Datuk Ramli M.S ketika menyampaikan lagu Apa Nak Dikata nyanyian asal XPDC.
Menurut Ramli dia mengambil keputusan untuk menghentikan persembahan tersebut kerana berlaku masalah teknikal.
“Sebab saya agak ada teknikal problem, sebab tak fair untuk dia,” katanya.
Pada masa sama, Ramli M.S yang lebih mesra disapa sebagai Tok Ram berterima kasih kepada penonton di Auditorium MBSA kerana membantu Nai ketika persembahannya itu.
“Anda semua sangat supportive.
“Kalau nak tahu masa XPDC nak rakamkan lagu ini, arwah Mael pun tercungap-cungap nak menyanyi. Jadi terima kasih untuk anda semua yang di MBSA,” katanya.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.