Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV11: Cantik Di Usia-49 Tahun, Ini Petua Ning Baizura - "Saya Dah Amalkan Dari Zaman Tok Nenek"

Ernalisa
09/11/2024 02:55 MYT
Penyanyi Ning Baizura bersyukur masih diberi kesihatan yang baik ketika usianya menginjak ke 50 tahun.

Malah, penyanyi yang terkenal dengan lagu Awan Yang Terpilu itu berbangga dengan bentuk badan ideal yang dimilikinya hingga ini.

Jelas Ning, rahsia utamanya untuk menjaga kesihatan dan bentuk badannya melalui amalan berpuasa.


"Alhamdulillah saya bangga dengan kesihatan mahupun kecantikan yang saya ada sekarang. Semuanya kerana Allah. Saya bersyukur. Syukur sangat-sangat.


"Sebenarnya rajin-rajinlah berpuasa. Tak perlu pun nak tunggu bulan puasa baru nak puasa. Puasa je dari sekarang. Itu saya buat sejak dahulu. Sebab badan saya senang naik tapi susah nak turun.

"Satu lagi,hati nak kena cantik.. apa yang kita cakap pun kena yang baik-baik. Barulah itu semua kita nampak keluar di luaran yang datang dari hati," katanya kepada Gempak.

Pemilik nama sebenar, Ning Baizura Sheikh Hamzah ini juga mengakui gemar memakan ulam-ulaman hampir setiap hari.

"Benda ini semua daripada zaman tok nenek kita dah diamalkan. I suka sangat ulam. Hari-hari memang kena ada ulam.


"Macam saya kata selain tutur kata, hati, makanan yang kita ambil pun kena jaga. Saya memang kena ada ulam. Baru dapat macam ini," tambahnya.

Penyanyi yang tersenarai dalam GV11 ini juga akan memastikan jadual tidurnya cukup untuk menjaga kesihatan.

BERITA BERKAITAN : Ronnie Hussein, Illa Sabry,Ning Baizura Bakal Sertai GV11? Peminat Mula Cadang Pilihan Masing-Masing - “Nak Tengok Mas Idayu Masuk”

BERITA BERKAITAN : 14 Tahun Kahwin, Aqasha Titip Ucapan Istimewa Buat Isteri Sempena Anniversary - “Terima Kasih Bertahan Dengan Lelaki Yang Memilih Kesederhanaan…”

BERITA BERKAITAN : X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia

BERITA BERKAITAN : X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia

Ning juga berkata, sekian lama menolak tawaran GV 11 kali ini dia menerima atas dasar ingin mengembirakan ibunya Satilah Abdullah, 81, untuk melihat kembali dia beraksi di kaca tv.

Penyanyi dan pelakon yang ini dilahirkan di Kajang Selangor ini memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun setelah memenangi tempat ketiga di pertandingan Voices of Asia yang berlangsung di Kazakhstan.
#Sihat #Bersyukur #Baizura #Ning #50 #diusia
;