Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

GV11: Hadapi Masalah Monitor Telinga, Illa Sabry Tidak Puas Hati Dengan Persembahan Minggu Pertama

Asyraf Roslan
25/11/2024 12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Illa Sabry akui agak kekok ketika membuat persembahan untuk minggu pertama.

Menurut Illa, antara sebab persembahannya ‘kurang memberi’ adalah kerana menghadapi masalah dengan monitor telinga.

Namun jelas Illa itu bukanlah satu alasan untuknya tidak memberikan persembahan menarik pada minggu-minggu mendatang

“Bila kita tak tahu masalah apa, kita tak tahu nak tanya apa, sebab benda ini sangat baharu untuk saya.

“Jadi bila saya dah tahu apa masalah yang saya hadapi, mudah untuk saya suarakannya. Dulu kita hanya pakai monitor yang berada dihadapan pentas, jadi benda ni baru untuk saya,”

“Cuma itu bukan alasan, boleh belajar lagi dan tunggu minggu kedua,”katanya.


SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK
#Gegar Vaganza #Illa Sabry #GV11
;