Gegar Vaganza 11

GV11: Illa Sabry Hilang 17Kg Sejak Kembali Menyanyi - “Masa Dapat GV Saya Tolak Sebab…”

gempak
Asyraf Roslan
25/11/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
GV11: Illa Sabry Hilang 17Kg Sejak Kembali Menyanyi - “Masa Dapat GV Saya Tolak Sebab…”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Illa Sabry mendedahkan mengalami penurunan berat badan yang drastik sejak kembali membuat persembahan.
Menurut pelantun lagu Keranamu Kekasih itu, penurunan berat badan itu berlaku semasa membuat persembahan di konsert Ajai & Mega Friends pada Ogos lalu.
“Masa dijemput untuk buat konsert bersama Ajai itu banyak kali saya fikir patut tak saya kembali.
“Jadi saya turun berat badan dari 86kg ke 75kg kerana stess untuk buat konsert tersebut tempoh hari.
“Selepas muncul di konsert tersebut saya telah mendapat tawaran GV tapi saya tolak sebab saya cakap nanti saya akan lagi kurus tapi itulah kita hanya mampu cakap perancangan yang Allah bagi begini,” kata Illa.
Pada masa sama, Illa juga berkongsi dia kini telah turun lagi 6kg sebelum minggu pertama GV 11.
“Dan sepanjang proses bersama GV ini saya rasa dah turun lagi 6kg.
“Bukan main-main stress ni tapi saya cuba untuk mencabar diri, tapi bagus juga takyah buat apa-apa dah kurus,” kata Illa sambil berseloroh.
Untuk info, Selain Illa Sabry antara peserta yang menjayakan GV11 musim ini adalah Ning Baizura, Dadali Dygra, Yazid Lovehunters, Inka Christie, dan Liza Aziz.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar