Gegar Vaganza 11
GV11: “Lagu Mendayu-Dayu Ni Susah Nak Nyanyi Tau” - Tak Kisah Apa Orang Nak Kata, Fairuz Selamat Bangga Jadi Penyanyi Leman
Bintang Gegar Vaganza (GV11), Fairuz Selamat tidak kisah diberi jolokan sebagai penyanyi ‘leman’ malah dia berbangga dengan gelaran itu.
Tak mudah menyanyi lagu leman
Menurut Fairuz, tidak semua orang boleh menyanyikan lagu-lagu ‘leman’ atau lagu mendayu-dayu dengan baik kerana lenggoknya agak sukar.“Saya okay sebab leman itu satu genre dan bagi saya itu satu kelebihan. Macam orang kata kita penyanyi lagu asli, lagu jazz itu kelebihan masing-maisng.
“Dan sebenarnya lagu-lagu leman ini susah nak bawa tau, sebab lagunya mendayu-dayu, merintih-rintih, bukan semua orang boleh dapatkan feel leman tu, jadi saya bangga digelar penyanyi leman.
“Saya rasa geng geng leman pada zaman saya, saya yang terakhir jadi saya akan teruskan legasi mereka, saya akan terus ‘berleman’ di GV11,” katanya kepada Gempak.
Tomok dan Naqiu sebagai rujukan
Mengulas mengenai persembahan di pentas GV11, Fairuz berkata dia kini sudah membuat persediaan dan rujukan dengan mempelajari lagu-lagu yang bukan genrenya.
“Kalau dalam GV saya memang letakkan Tomok dan Naqiu sebagai sumber rujukan sebab bagi artis sezaman saya mereka sangat kreatif dalam membuat persembahan.
“Jadi selain belajar apa yang mereka buat saya juga tengok persembahan daripada artis-artis lain, rancangan lain, yang luar negara pun ada juga.
“Dan juga saya belajar lagu yang bukan genre saya biasa nyanyi. Itu saya rasa paling penting dalam GV sebab juri mesti nak tengok kita punya kreativiti.
“Saya dikenali sebagai penyanyi lagu leman jika lepas ini dapat lagu rap, asli, balada macam mana? Jadi sebab itu saya kena belajar,” jelasnya.
Minggu pertama menyaksikan Liza Aziz berjaya menduduki tangga pertama dengan markah 77.50 peratus diikuti Dyrga Dadali (67.50%) dan Fairuz Selamat (67.00%).
Sementara itu, Illa Sabry hampir tersingkir apabila menduduki tangga terbawah dengan markah 52.75 peratus.
Namun Illa terselamat apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu pertama dalam segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’.
Untuk minggu kedua, peserta dicabar dengan tema Sama-Sama Naik dimana peserta harus menyanyikan lagu rakan-rakan industri pada zaman mereka.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.