Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

Khairil Khusyairi
10/11/2024 04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.

Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri

Menurut Anis atau Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, dia memaklumkan tidak lagi aktif dalam dunia seni hiburan dan terlibat dalam mana-mana pertandingan nyanyian.

“Gara-gara nama Anis di sebut-sebut untuk join GV11 tahun ni ramai yang muat naik video, gambar dan komen-komen positif tanda sokongan dan galakkan.

“Terima kasih di atas sokongan yg diberikan. Maaf jika ada yang masih menunggu kemunculan Anis di GV.

"Sememangnya ini keputusan Anis sendiri untuk tidak lagi melibatkan diri dalam mana-mana pertandingan nyanyian mahupun dalam industri hiburan.

“Suami juga sokong dengan keputusan ini. Harap persoalan selama ni terjawablah ya. Usah ditanya lagi tau,” jelasnya.

Doakan Rakan Di GV11

Dalam pada itu, pelantun lagu hits Cinta Tersimpul Rapi itu turut mendoakan yang terbaik buat rakan-rakan penyanyi yang bertanding di GV11.

“Kepada semua sahabat-sahabat artis yang bertanding, good luck n all the best ya,” ucap Anis.

Enggan lagi bergiat aktif dalam nyanyian, kakak kepada penyanyi Shawn Baharin itu kini bergelar seorang pensyarah dan guru vokal di sebuah Universiti.

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 1996, Anis Suraya pernah merangkul gelaran Juara Voice of Asia 2000 sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Kazakhstan.

Untuk info, Anis merupakan sepupu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Mizan Al-Muktafi Billah Shah. Almarhum ayahanda, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja merupakan bapa saudara kepada KDYMM Tuanku.

#Penyanyi #Gegar Vaganza #Berhenti #GV11 #Anis Suraya #Terlibat #Cinta Tersimpul Rapi
;