Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gegar Vaganza 2021

"Ada Yang Kata Upiak Lebih Layak Keluar"- Fazley Pelik Ramai Tak Puas Hati Dia Tersingkir?

Hanafis Haris 15/12/2021 | 08:00 MYT
Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa hairannya apabila ada pula segelintir netizen yang tidak puas hati tentang penyingkirannya pada konsert minggu keempat Ahad lalu.

Menurut Fazley, dia sedar ramai yang terkesan dengan penyingkirannya minggu lalu dan menyatakan Upiak Isil lebih layak dikeluarkan.

"Perbezaan markah yang begitu kecil antara kita walaupun katanya nyanyian Upiak kurang sempurna bila berbanding dengan saya .

"Jika minggu lalu, ramai mendoakan saya keluar, tetapi minggu ini, apabila saya terkeluar, ramai yang tidak berpuas hati pula.

"Ini lumrah pertandingan. Saya tidak berkecil hati atau terkilan," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Fazley lagi, hubungannya dengan Upiak sangat rapat dan dia menjadi tempat penyanyi Indonesia itu berkongsi suka dan duka setiap hari.

"Saya lebih terkesan melihat rintihan dan tangisan Upiak malam itu berbanding penyingkiran saya sendiri.

"Saya pun terima segalanya dengan hati sangat terbuka. Apabila kita mengatur, Allah akan menyusun dengan lebih baik.

"Adindaku Upiak, Abang sentiasa mendoakan kekuatan dan kejayaan Upiak. Selamat berjuang," katanya.

Sekadar info, Fazley menjadi bintang GV8 kedua tersingkir pada konsert keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bertemakan Berdiri Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu hanya mampu menerima markah 50% berbanding bintang lain.

BACA: Tamat Sudah Perjuangan Fazley, Abang Asmara Tersingkir Minggu Ke-4!

#GV #Upiak #Fazley
;