Ani Maiyuni Pulang Dengan Senyuman, Terima Hakikat Tersingkir - "Bukan Takut Kalah Tapi Faham Bahawa ..."
Amri Hassan
17/01/2022 11:55 MYT
17/01/2022 11:55 MYT
Penyanyi yang popular dengan irama dangdut, Ani Maiyuni mengakui sentiasa bersedia seandainya setiap minggu menjadi minggu terakhir berada di pentas Gegar Vaganza 8 (GV8).
BACA: GV8: Impian Ke Final Lebur, Shidee & Ani Maiyuni Tersingkir Minggu Separuh Akhir, Aweera Pula...
Pasrah dan terima dengan berlapang dada apabila akhirnya tersingkir di minggu separuh akhir GV8 pada Ahad, Ani tidak meletakkan harapan terlalu tinggi walau kerap disebut-sebut sebagai calon peserta ‘underdog’.
"Kita kena terima hakikat bahawa ini adalah sebuah pertandingan. Jadi setiap minggu saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan.
"Bukan sebab takut kalah atau tak yakin, tapi kena faham bahawa adakala bila latihan dan live keadaan boleh jadi berbeza," katanya.
Pulang dengan senyuman, pelantun lagu Sedap itu juga menganggap sepanjang bergelar peserta GV8, banyak menimpa pengalaman dan ilmu yang mahal dan tidak ternilai.
"Selama 26 tahun dalam industri dan nak dibandingkan dengan sembilan minggu berada dalam program ini, saya rasa, begitu banyak ilmu berharga yang diraih sepanjang minggu-minggu itu.
"Saya tahu ia satu tempoh yang sangat kompak. Tetapi, bayangkan, orang yang masuk universiti pun perlu habiskan masa tiga atau lima tahun untuk dapatkan ilmu. Boleh juga dikaitkan dengan situasi ini, saya belajar banyak benda sepanjang berada di GV8.
"Era sekarang ini, berbeza. Kalau nak jadi bagus, kita pun kenalah naik taraf diri. Bidang kreativiti dan seni juga begitu," katanya.
Dalam pada itu, kata Ani, dia juga merancang untuk mengeluarkan sebuah single baru genre dangdut tidak lama lagi bagi mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan buah tangan terbaru daripadanya.
Katanya, hasrat itu sudah lama tertangguh dan usai tamat perjuangannya di GV8, ini adalah masa yang sesuai untuk hadir dengan single baru tersebut.
GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

#Penyanyi
#Viral
#Konsert
#Gegar Vaganza
#Dangdut
#Tersingkir
#Tok Ram
#GV
#Separuh Akhir
#Ani Maiyuni
#GV8