,
Gegar Vaganza 2021

Corat Coret GV8: Nasihat ‘Keramat’ Floor Manager, Coklat Tok Ram & Nikki Palikat Tersadung?

Hanafis Haris
20/12/2021
04:19 MYT

Konsert Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu kelima menutup tirainya dengan tiada sebarang penyingkiran.

Bertemakan Dulu Lain Sekarang Lain, Upiak Isil menjadi bintang GV dengan markah tercorot dengan hanya sekadar 57% selepas membawakan lagu Pengemis Muda nyanyian Datuk Sheila Majid.

BACA: GV8: Upiak Isil Nyaris Tersingkir, Terselamat Konsert Ke-5! Juri Kata; "Lupa Lirik & Masih Takut-Takut"

Namun, dalam pada tumpuan diberikan kepada Upiak, banyak sebenarnya yang berlaku di belakang tabir yang mungkin penonton di rumah terlepas pandang.

Berikut merupakan corat-coret GV8 konsert kelima.

#1 Mungkin disebabkan tragedi banjir yang menimpa di beberapa daerah di Malaysia masih ‘hijau’, maka suasana di dewan seperti agak suram pada awalnya. Tidak semeriah seperti sebelum-sebelumnya. Apapun takziah kepada mangsa banjir!

#2 Penonton juga dinasihatkan oleh ‘floor manager’ supaya tidak terlalu berlebihan sebagai menghormati tragedi banjir.

#3 Nabil Ahmad turut ‘sing along’ lagu Purnama ketika persembahan Bandi Amuk. Fokus betul Nabil ketika itu, mungkin lagu kegemarannya.

#4 Penyokong Adibah Noor muncul dengan gaya kreatif apabila menyarung pelitup kepala berbentuk gajah. Sangat sesuai dengan lagu yang dibawa oleh Adibah minggu ini iaitu gajah!

#5 Datuk Ramli MS atau Tok Ram kelihatan sangat teruja sebaik Ani Maiyuni habis menyanyikan lagu Kucu Kuca. Bagus barangkali menurut Tok Ram!

#6 Jika dua minggu lalu mereka muncul dengan gaya ahli sihir, minggu ini kelab peminat Nikki Palikat menarik perhatian dengan membawa kipas tangan panjang yang beralun. Mungkin nak ‘matching’ dengan lagu Gelombang.

#7 Datuk Syafinaz Selamat beberapa kali menganggukkan kepalanya usai persembahan Aliff Aziz. Nampak puas hati dengan nyanyian Aliff minggu ini.

#8 Comel betul apabila Tok Ram berkongsi coklat yang dibawanya kepada juri-juri lain. Dengar kata coklat tu antara menu wajib setiap kali Tok Ram jadi juri.

#9 Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sempat menyanyikan lagu Kasih di hadapan Bunda Hetty Koes Endang ketika iklan. Sedap ye suara Kak Lina!

#10 Nikki Palikat tersadung ketika berjalan ke tengah pentas selepas diumumkan peserta pertama layak ke minggu keenam. Mungkin ramai tak perasan, tapi Nabil Ahmad dengan pantas berlari meluru ke Nikki untuk membantu. Gentleman!

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.