GV8 Pentas Pertandingan Terakhir Untuk Bandi Amuk? Eh Kenapa Pula Tu?
Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Bandi Amuk, 57, membuat pengakuan bahawa rancangan tersebut mungkin menjadi pentas terakhirnya untuk bertanding dalam mana-mana program seumpanya.
Menurut Bandi, selama 40 tahun dalam industri, dia amat memahami tuntutan komitmen pada setiap pertandingan.
“Sudah tentunya berbeza dengan pentas persembahan biasa. Keselesaan dan perasaan seronoknya itu berbeza.
“Sekarang ini, saya masuk GV8 sebab hendakkan pengalaman itu.
“Macam sahabat saya, Mus May beritahu, kalau nak pengalaman, GV adalah tempatnya,” katanya.
Jelasnya, apabila sudah memasuki GV dan cuba sendiri pengalaman tersebut, memang ia bukan satu perkara yang mudah.
“Saya cuba dan sendiri mengaku, memang pengalaman ini tak semua orang boleh dapat dalam industri.
“Dulu-dulu pun pernah saya sertai pertandingan, jadi sebab itu, saya rasa cukuplah. Ini pentas terakhir saya,” katanya.
Bandi berkata demikian usai persembahan konsert minggu pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.
Membawakan lagu Akar dan Bumi, Bandi berada di kedudukan selesa iaitu tempat ketiga dengan markah sebanyak 71 peratus.
BACA: Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley….
BACA : “Mungkin Saya Akan Buka Topeng” - Bandi Amuk Buat Keputusan Drastik?
Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.
Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.