Gegar Vaganza 2021
GV8: Tiada Penyingkiran! Nico G Tercorot, Aliff Aziz Tapau Juara Mingguan Lagi
Konsert kedua Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan kumpulan Nico G menjadi bintang yang berada di kedudukan terbawah.
Bertemakan Masih Aku Terasa, Nico G menyanyikan lagu sendiri Kaulah Gadisku hanya memperoleh markah 52.9%
Sementara itu, Aliff Aziz yang menyanyikan lagu Kasih Tak Sampai diumumkan sebagai juara konsert mingguan GV8. Aliff mendapat markah 81%.
Di awal konsert Aliff Aziz diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin SAYA.
Persembahan bintang pada konsert kedua dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala juri jemputan pula Datuk Tarmimi Siregar.
Mungkin ada yang terlepas, apa kata jom imbas kembali komen-komen padu yang diberikan juri kepada bintang-bintang GV8.
Aliff Aziz - Kasih Tak Sampai (81%)
"Different class, jarang dengar orang nyanyi macam ni. Sangar dinamik. Penyanyi yang memahami isi hati penyanyi," Datuk Ramli MS.
"Saya waktu diberi lagu berdasarkan penyanyi, saya study. Lagu ini berat, harus penjiwaan, racunnya di chorus. Overall grande! Pertahankan dan tingkatkan lagi," Hetty Koes Endang.
Adibah Noor - Istana Menanti (72.8%)
"Tak malu menyanyi dan menjadi diri sendiri," Ramli MS.
Nikki - Drama (71.7%)
"Saya gembira GV kali ini ada penyanyi best-best. Saya tak ada isu seorang nyanyi lagu tiga orang. Yang penting tahu mana nak ambil kalau overlap.
"Ada off sikit, saya faham lagu ini tak mudah. Pitching nice. I love the performance!" Datuk Syafinaz
"Ini lagu sendiri, kamu dah jiwai lagu ni milik kamu. Untuk berikutnya, cuba. Lagu orang pun kamu makan! Dapat tembakannya," Hetty Koes Endang.
Suki - Kisah Cinta Kita (69.7%)
"Pitching tak ada masalah, ada sedikit nasal. Kalau buang lagi baik," Datuk Ramli MS.
"Menyanyi ni seperti bercerita. Baca lirik dulu jadi boleh masuk. Kelebihan kamu, chorus sampai habis makanan kamu. Tak salah tapi lebih suka stand mic. Kabel tak cantik. Overall bagus!" Hetty Koes Endang.
Upiak - Parah Parah (69.6%)
"Dalam pertandingan harus pertahankan konsiten, lagu ni berlainan sekali. Tak ada waktu bernafas dengan tarian lagi. Next week lebih lagi," Hetty Koes Endang.
SA.YA - Gerhana (66.2%)
"Pandai sembunyikan kelemahan. Lintang pukang. Boleh melawak, sisa-sisa orang lama menyanyi, kita tak dapat cari macam ni. Next week nak lebih serius, serlahkan nyanyian. Sekarang ni boleh enjoy, huru hara pandai sembunyi," Datuk Ramli MS
"Ini pertandingan saya lihat suara. Malam ini lagu dan kostum jiwai. Chorus patut saling komunikasi. Overall terhibur!" Hetty Koes Endang
"Saya sangat suka oersembahan mlm ni. Enjoy. Korang master of cover. Saya nampak Yassin lebih menyerlah dari Apek. Bila duet kena balance. Kalau tak yang menyerlah lagi orang suka. Harmoni kurang sikit. Konsep saya suka," Datuk Syafinaz.
Aweera - Andai Ku Bercinta Lagi (64.7%)
"Nada tinggi jelas powerful. Hati-hati dengan mid register. Saya nak Aweera cuba genre lain dan nak tengok kreativiti kamu," Datuk Syafinaz.
Shidee - Malam (61.1%)
"Saya terkesima sebab sekian lama tak dengar Shidee. Seperti kata bonda lagu ni cuba bercerita yang hilang adik-beradik. Dapat bantu penghayatan. Penyampaian lagu, saya akan terpaut," Datuk Tarmimi Siregar
Bandi Amuk - Untukmu Sayang (60.8%)
"Saya memang kagum dengan penampilan kamu, setiap penyanyi melontar suara kuat mulut ternganga. Tapi suara Bandi keluar ikut mana? Walaupun di usia lebih kurang tapi tenaga masih kuat," Datuk Tarmimi Siregar.
"Dalam semua lagu kita bercerita, ada part perlu growling tapi awal-awal jangan bagi suara rocker. Setiap lagu ada konsentrasi dan racunnya," Hetty Koes Endang.
Azan Scan - Sekelip Mata Kau Berubah (60%)
"Suara you muda, ada kawalan yang baik, jelas dan terang tapi tak ada aspek wow. Menjadi cabaran untuk you jadi relevan dengan masa kini dari aspek muzik dan gaya. Overall jangan terlalu selamat, ambil risiko," Datuk Syafinaz.
Ani Maiyuni - Selangit (56.7%)
"Kamu memang genre dangdut tapi selepas ini jangan ambil genre sama saja. Malam ini saya berikan komen objektif, hati-hati kawalan suara kerana banyak tone flat.
"Kamu harus jiwai lagu kerana kamu dan muzik kurang harmoni. Jangan separuh-separuh," Hetty Koes Endang
"Kamu kena steady bila menyanyi, kena sustain note. Saya suka bila tukar melodi latin cuma kena lebih sikit. Mid register lebih sedap," Datuk Syafinaz.
Fazley Yaakob - Laguku Untukmu (56%)
"Cara nyanyian feel terlalu kuat itu bahaya nafas tak konsisten. Banyak nada sharp & flat. Ada sikit kejar-kejar, patut perlahankan tempo. Sampai tak dapat ekspresi," Hetty Koes Endang
Nico G - Kaulah Gadisku (52.9%)
"Ketiga-tiganya okey tapi beberapa kali terkucil sikit. Apa yang diusahakan tahniah semoga bertambah elok lagi," Datuk Tarmimi Siregar.
"Saya rasa slps bertahun3 nyanyi persembahan kurang nyegat, kurang matured. Syncronization group kurang, last week lagi energetik & fun," Datuk Syafinaz.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Must-Watch Video