Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Insan Ini Mengorbankan Masa Dengan Keluarga, Makan, Tidur Demi Seni" - Imran Ajmain Sanjung Usaha Fazley Hempas Pulas Demi GV8

Amri Hassan
13/12/2021 08:20 MYT
Penyanyi Imran Ajmain memuji usaha dan pengorbanan yang dilakukan sahabat karibnya, Datuk Fazley untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu sepanjang di Gegar Vaganza 8 (GV8).

Jelas Imran, Fazley telah berjuang sehabis daya dan meletakkan sepenuh dedikasi biar terpaksa membataskan waktu buat keluarga diri dan bisnesnya.

"Dalam adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun, ada juga kegigihan dan usaha yang tidak terlihat langsung.

"Selama 8 minggu yang lalu, saya tidak pernah melihat seseorang meletakkan sebegitu banyak dedikasi dan kesungguhan dalam persediaan untuk persembahan.

"Minggu demi minggu, insan ini mengorbankan masa bersama keluarga, makan, minum, tidur semata mata demi seni.

"Ya, orang lain juga bertanding, orang lain juga buat yang terbaik, orang lain juga ada kerja lain dan keluarga juga. Tetapi jadual hiruk-pikuk dan tahap tekanan semasa persediaan ini (campur dengan kecaman dasyat dari netizen) tak mungkin boleh dihadapi oleh lain setenang beliau," kata Imran menerusi hantaran di Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Imrān Ajmaīn (@imranajmain)


Tambah Imran, persembahan lagu Mahligai Syahdu (Datuk Hattan) pada konsert keempat malam tadi dirasakan antara nyanyian terbaik sepanjang berada dalam GV8.

Bagaimanapun, perbezaan markah 0.5 peratus telah meletakkan Fazley dalam kedudukan tercorot dan terpaksa akur dengan takdir penyingkiran.

"To be fair, last night’s performance for 'Mahligai Syahdu' was awesome and the high notes were on point. Compared to the last 3 weeks, this one was a real show! Sayangnya, markah 0.5 bezakan antara penyikiran dan selamatnya seorang peserta untuk seminggu lagi.

"Sejujurnya, saya sendiri, sebagai penyanyi, tak mungkin boleh menghadapi segala rintangan dalam pertandingan sebesar ini. I won’t survive it.

"I have only pure respect for him — to manage our businesses, manage family especially kids and to take care of ibu @rsd.umi every single day, to make sure the entire team eats and rests, to face hateful criticism every week while he trains, go for classes just put on a show for millions to watch. So much stress and effort for a 3 minute performance!

"You’re a winner, Abang @fazleyyaakob. Congratulations! Alhamdulilah for everything," santun Imran lagi.

Fazley menjadi bintang GV8 kedua tersingkir selepas kumpulan trio hip hop Nico G yang telah disingkirkan pada minggu lalu.

BACA: Tamat Sudah Perjuangan Fazley, Abang Asmara Tersingkir Minggu Ke-4!

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

#Viral #Konsert #Gegar Vaganza #Imran Ajmain #Fazley Yaakob #GV #GV8 #Mahligai Syahdu