,
Gegar Vaganza 2021

Konsisten Corot, Tok Ram Suruh Ipiak 'Step Up'! - "Kalau Main Bola, Ibaratnya Dia Duduk Di Belakang"

Amri Hassan
20/12/2021
07:55 MYT
Konsisten berada di kedudukan terbawah dengan prestasi yang minimal, juri tetap Datuk Ramli MS meminta agar Upiak Isil menukar cara kualiti persembahannya dan tidak terus berada di kedudukan selesa.
Biarpun masih terselamat daripada penyingkiran konsert kelima pada Ahad lalu, Ramli berharap Upiak terus bangkit.
"Kalau dia masih kekal dengan konsistensi begitu (tidak bagus), dia akan berada di kedudukan belakang saja. Ibaranya kalau main bola, dia yang duduk di belakang sekali.
"Semua perlu tahu bahawa saya tidak ada kawalan dalam persembahan mereka. Seorang penyanyi atau peserta cuma ada dirinya di atas pentas.
"Kalau tak mampu buat persembahan yang bagus, maka akan tersingkirlah!" katanya kepada Gempak.
Tambah Ramli, soal tiadanya penyingkiran kali kedua GV8 bukan di bawah kuasanya dan hal itu berbalik pada keputusan produksi sendiri.
"Kalau dilihat memang Upiak berada di tangga terbawah, itu pemilihan majoriti juri. Tiada penyingkiran bukan kerana saya yang berkehendakan.
"Hak cipta program adalah milik Astro, ini kali kedua tiada penyingkiran dan ia bukan bidang kuasa saya.
"Manalah tahu nak bawa 10 peserta mara ke peringkan akhir? Kita tak tahu. Apa yang berlaku malam ini bagi saya Upiak itu bernasib baik," tambahnya.
Upiak yang menyanyikan lagu Pengemis Muda (Datuk Sheila Majid) berada di kedudukan terbawah dengan kutipan markah 57% selepas Bandi Amuk yang berbeza markah cuma 0.6%.
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.